Saturday, December 13, 2014

Persediaan Banjir

Setiap hujung tahun negeri kelantan kebiasaannya akan dilanda banjir samada banjir besar atau kecil. Kampung mama tidak terkecuali.

Bila masuk jer bulan 12 cuaca mula tak menentu. Kadang panas, kadang hujan lebat, kadang hujan renyai. Masa kami balik awal bulan ni hujan dah start turun.

Air kat belakang rumah dah mula bertakung. Pasir dari depan rumah mula terhakis di bawa air yang laju. Untuk mengelakkan hakisan lagi besar, tok ayah awal2 lagi buat persediaan.

Dengan bantuan dari paksu mat n si kembar, kelong simen ni berjaya disusun untuk dijadikan tembok penahan. Selepas habis susun kelong2 ni, kat dalam tu akan diletakkan tanah.

Harap2 tembok penahan yang tok ayah bina ni berfungsi. Semoga tiada lagi tanah terhakis dan rumah kami terselamat dari banjir.

No comments:

Post a Comment