Thursday, December 25, 2014

Merry Christmas

Company kakak tilah kerja adalah satu management dengan delifrance. Once a while, diorang akan buat sales untuk staf2. Harga of course la lebih murah dari pasaran.

Macam2 produk delifrance. Mama paling suka pastry2. Selain rasa sedap, bentuk pun comel2. Kali ni takde plak sales untuk pastry. Kalau kek ni cepat muak. Tak boleh makan beria sangat.

Sempena krismas ada sales untuk kek. So kakak tilah belikan rayyans kek red velvet dan choc brownies. Dekorasi kek pun bersesuaian la dengan krismas. Siap ada pokok krismas.

Budak berdua ni bukan tau pun krismas tu apa. Patung snowman tu diorang panggil olaf. Pengaruh frozen betul.

Bila dapat kek cantik mulalah request nak tiup lillin. Pastu suh nyanyi lagu happy birthday. Dalam setahun entah berapa kali birthday diorang.

No comments:

Post a Comment