Tuesday, December 2, 2014

Pizza Hut

Pening betul nak pilih makan apa sejak pencen masak memasak ni. Rasanya dah habis kedai kat puncak alam ni kami terjah.

Kalau tanya si kembar nak makan apa, jawapannya either kfc, mcd or pizza. So hari ni diorang pilih pizza.

Balik dari ofis terus exit sg buloh, singgah kat the store. Situ jer yang ada pizza hut. Kat puncak alam ni bila la nak ada pizza hut ni.

Kami order huts delight for 2. Pastu upgrade pizza ke jem packed pizza. Not bad jugak pizza baru ni.

Tambah lagi side order creamy carbonara fettucine.

Pasta ni mak yong yang teringin nak makan.

Budak2 request nak ayam jugak. Orderlah smoked deli wings yang 6 ketul.

Dalam banyak2 food ni favourite si kembar adalah breadstick cicah mushroom soup.

Setakat 4 ketul just untuk hadif sorang jer. Untuk hazim, kena order additional breadstick.

Dah macam nak berkungfu 2 beranak ni. Seronok mama tengok anak2 berselera makan. Tapi x boleh amalkan selalu makan fast food.

No comments:

Post a Comment