Wednesday, December 31, 2014

Menutup Tirai 2014

Kita dah berada di hari terakhir dalam tahun 2014. Sepanjang tahun ni banyak perkara yang terjadi. Peristiwa suka duka baik di dalam hidup mama mahupun negara.

Peristiwa duka silih berganti yang melanda negara. Bermula dengan kehilangan MH370, MH17 kena tembak, banjir besar kat pantai timur dan di penghujung tahun ni pula kapal terbang air asia QZ8501 terhempas. Semoga tahun depan membawa berita yang lebih baik buat kita semua.

Berita duka tu kita tinggalkan dengan seribu doa dan kenangan. Kita teruskan dengan perkara2 yang menggembirakan hati pula. Permulaan tahun, pertama kali anak2 kesayangan mama memulakan alam persekolahan. Pada mama, ianya merupakan sesuatu yang amat membanggakan buat sesiapa yang bergelar ibu dan bapa.

Perkara terbaik di antara yang terbaik dalam hidup mama tahun ni sudah pastilah baby HR yang bakal lahir tak lama lagi. Sesungguhnya inilah anugerah terhebat buat mama. Setelah 5 tahun menunggu, akhirnya dia muncul jua. Semoga kandungan mama sihat walafiat, sempurna paras rupa dan fizikal serta menjadi anak yang soleh..

Tuesday, December 30, 2014

My Precious

Sedetik lebih.....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta 
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup


Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih 
Selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

My Loves My Life

Semua untukmu cinta hatiku...


Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu

Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi


Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu


Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu


Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Monday, December 29, 2014

Keabadian Cinta

Beautiful song dedicated to my dear husband....


Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu

Layangan pesonamu


Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna


Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia



Takkan lagiku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri



Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh… kasih



Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu



Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia



Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

Kids Photoshoot

Sesi photoshoot kat pantai kelanang semalam berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah hujan benti sebaik sahaja kami jejak kaki kat pantai.

Syukur jugak anak2 memberi kerjasama sebaik mungkin. Sikit pun tak meragam. Muntahlah tengok gambar berlambak2.

Dalam masa sejam sesi photoshoot, sebanyak 504 keping gambar berjaya dirakam.

Memang profesional hasil dari jurugambar kami. Two thumbs up for team Camora Arts. 

Gambar2 ni fresh tanpa sebarang editing. After photoshoot, kami terus diberi cd softcopy gambar2 ni semua.

Kualiti gambar memang superb. Semua shoot yang diambil menjadi. Dah gaya macam model kanak2 jer anak2 mama ni.

Mama surprised jugak dengan rayyan ni yang boleh mengikut jer kata jurugambar. Setiap aksi yang disuruh diorang buat.

Berbeza dengan sesi photoshoot kami sebelum ni kat putrajaya. Masa tu diorang buat perangai takmo bergambar.

Maybe sebab time ni photographernya adalah perempuan. Layanan dia lain macam skit.

So kali ni gambar diorang yang berlambak2. Dari maternity photoshoot dah jadi kids photoshoot.

Sunday, December 28, 2014

Check Out

Pagi ni breakfast kat hotel jer. Menu buffet breakfast biasa2 saja. Ada mihun goreng, nasi goreng, pulut kukus, roti dan kek2 sebagai pencuci mulut. 

After breakfast kami balik chalet sambung tidur. Cuaca sejuk dengan hujan renyai2 memang syok tidur. Bantal dan katil memanggil2 jer suh landing.

Sepatutnya waktu untuk check out pukul 12 tengahari, tapi kami pukul 12 baru banngun tidur. Hahaha...pastu cam lipas kudung bersiap untuk check out.

Kami terus pakai outfit serba putih untuk digayakan masa sesi photoshoot petang nanti. Dalam hati tak putus2 doa semoga hujan benti. Mama malas nak postpone buat hari lain.

Dah la lambat, sebelum check out sempat lagi bergambar sampai lebam. Sudahnya receptionist call tanya bila nak check out. Pukul 1 baru kami terhegeh2 check out.

Sementara nak tunggu sesi fotografi yang dijadualkan pukul 3 petang, kami mencari kedai makan untuk lunch dulu. Nasib baiklah jumpa satu kedai mamak.

Tu pun kedai tu macam hidup segan mati x mau jer. Yang penting, perut anak2 harus diisi terlebih dahulu. Bila diorang kenyang, takdelah meragam masa nak photoshoot.

Saturday, December 27, 2014

Temasya Restaurant

Bila mengenangkan siang tadi papa susah nak cari kedai makan, we decide untuk dinner kat hotel jer. Mulanya mama ingat ada pakej buffet, tapi nan hado. Yang ada cuma ala carte.

Just call jer receptionist then dia pass kat restoran temasya. Pastu order jer based on menu yang disediakan dalam bilik. Walaupun pilihan makanan tak banyak sangat, tapi bolehlah untuk mengenyangkan perut.

Kami oder 2 set seafood tomyam, 2 set nasi goreng impian untuk rayyans dan 4 gelas jus oren. Total semua RM72. 

Cepat jugak servis diorang. Dalam 20 minit food dah sampai kat bilik.

Set seafood tomyam didatangkan dengan nasi putih. Tomyamnya banyak gila. Seafood dan sayur2 pun banyak, bukan setakat kuah semata. Naik kembung perut papa n mama nak habiskan 2 mangkuk tomyam.

Malam ni mama bercandle light dinner dengan papa jer. After swimming tadi, si kembar terus tertidur. Penat sangat kot sebab dah lama tak mandi kolam, plus siang tadi diorang tak tidur langsung.

After mama papa habis makan baru diorang bangun. Mama suapkan nasi goreng tu diorang tak nak. Maggi jugak yang diorang mintak. Sudahnya, nasi goreng tu mama papa yang kena makan second round.

Lepas Gian

Kat morib ni kami tak tau sangat nak jalan-jalan ke mana. Lagipun memang dah niat kami just nak relax-relax kat hotel jer. After asar, si kembar dah tak senang duduk. Menggelupur nak turun ke kolam.

Kat luar plak hujan kejap lebat kejap renyai-renyai dari mula check in lagi. Ikut hati mama nak berselimut kat bilik jer. Tapi mengenangkan kesian kat budak-budak, gagahkan jugak ke swimming pool.

Mama tak jejak kaki ke kolam pun, just lepak bawah payung. Tak larat nak berendam dalam kolam tengah-tengah memboyot ni. Cuma papa yang temankan diorang mandi.

Luas jugak swimming pool ni. Ada 3 slot berbeza kedalaman. Untuk budak-budak, sederhana dalam dan paling dalam untuk dewasa. Kolam kanak-kanak ni takdela cetek sangat. Kat paras dada si kembar. 

Pastu ada pagar yang memisahkan kolam kanak-kanak dengan dewasa. Terjamin la sikit keselamatan budak-budak, tak boleh nak menyeberang ke bahagian yang dalam dengan senang-senang.

Seronok anak mama berendam arini. Maklumlah dah lama kami tak bercuti, semenjak mama disahkan mengandung. Kali ni diorang pulun mandi habis-habisan. Walaupun hujan renyai, mama ajak balik still takmo naik.