Sunday, May 25, 2014

Langkawi : Taman Lagenda

Kalau ikutkan malam ni mama nak ajak gi dinner kat pantai cenang tapi masing2 malas nak buang masa jalan jauh2. 

Papa tak ikut sebab teman hadif tidur kat bilik. Hadif tidur dari petang tadi tak bangun2. Jadi mama n hazim jer yang join the others.

Kami just round2 kat area kuah jer. Kami ke taman lagenda. Taman ni dekat ngan dataran lang. 

Semalam masa lepak kat dataran lang kami nampak taman ni tapi tak sempat nak singgah sebab rushing nak balik hotel.

Masa tu nampak ramai gak pengunjung dok lepak2 sini. Bila kami datang waktu malam sunyi sepi plak. 

Malam2 ni takde sapa yang hadap nak lepak taman. Baik gi makan ye dok. Cuma kami jer yang beria berposing.

Maybe kalau ada gerai jualan souvenier atau apa2 aktiviti boleh memeriahkan lagi taman ni.

Sayang plak taman dah cantik ala ala icity tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin pihak yang berwajib dapat menganjurkan apa2 acara untuk menghidupkan taman lagenda ni.

No comments:

Post a Comment