Saturday, May 24, 2014

Langkawi : Dataran Lang

Next kami ke mercu tanda pulau langkawi iaitu dataran lang. Tak sah kunjungan ke langkawi kalau tak jejak kaki kat sini.

Tu dia terbang megah replika helang merah yang banyak didapati di pulau langkawi.

Gambar dari tepi pula. 

Renungan tajam sang helang. Sang helang pakai contact lense merah ke? Paruhnya tajam sesuai la dengannya sebagai haiwan pemangsa.

Nenek with 4 dari 6 orang anak. P.da entah ke mana melayan anak2 dia. K.dah plak esok baru sampai kat pulau.

Mama dengan kakak tilah. Ni pun last minit gak nak ikut kami ke langkawi.

The twins with sang helang. Cubaan hadif nak buat sayap burung.

Kebetulan ada geng motosikal besar dok lepak2 buat show kat sini. Rayyans amik peluang bertenggek atas motor.

Ha...sapa berani nak bergambar dengan ular pun boleh. Cuma bayar rm5 jer. 

Danish aiman ni memang tak reti takut. Ular tu dibelitkan kat pinggang dia. Mama yang tengok naik seriau.

Kami lepak kat sini sampai petang. Sempatlah layan sunset. Pastu terus balik hotel rehat kejap dan keluar dinner.

No comments:

Post a Comment