Saturday, May 24, 2014

Langkawi : Sireh Lagenda Langkawi

Settle urusan check in kami terus gerak keluar. Cadangnya nak pusing2 ukur jalan kat langkawi.

Kat area homestay banyak kedai2 gamat. Kami singgah kat kedai gamat sireh lagenda langkawi.

Masa kami sampai kedai dah nak tutup sebenarnya. Cuma kami jer customer yang datang time ni.

Ha ko bersusun minyak gamat. Dah macam piramid rupanya. Si hazim tu beria memilih nak beli minyak gamat gak ke.

Berderet macam2 jenis produk berasaskan gamat dan herba.

Cantik botol gamat ni bila dah dikomersialkan. Pelbagai bentuk dan kaler. Yang botol pink tu macam lotion jer.

Ni nama dia buluh tumpat. Kegunaannya sebagai tongkat dan boleh digunakan untuk menghalau binatang berbisa seperti ular dari memasuki rumah.

Ini adalah akar tongkat ali. Rasanya semua orang tau kot kegunaan tongkat ali. Kebiasaannya dikaitkan dengan kekuatan tenaga dalaman lelaki.

Selesai kami membeli minyak gamat, terus pekerja tu tutup kedai. Agak2 kalau kami keluar tanpa beli apa2 pekerja tu bengang tak?

No comments:

Post a Comment