Thursday, May 1, 2014

Hadif Admitted

First time Hadif demam kuat dan lama tak kebah2. Startnya hari rabu after balik dari sekolah. Dalam kereta dia diam jer. Macam takde mood. Pastu dia nak tidur atas riba mama. Masa tu dah rasa badan dia panas skit.

Lepas sampai rumah, mandi dia mitak susu nak tidur. Tak sampai 5 minit dia lelap tetiba dia menjerit kuat gila. Bila bangun tu dia start muntah then cirit birit. Pastu dia menggigil-gigil walhal badan dia panas jer. Kuku tangan n kaki berubah biru.

Kami bawak ke klinik dan bagi ubat. Tapi dua hari tu takde perubahan langsung. Bila suhu badan dia nak start naik dia mula menggigil. Jumaat tu mama bawak gi panel klinik kat opis mama. Masa ni suhu Hadif dah naik 40 darjah. 

Doktor risau takut kena denggi ke virus, terus refer Hadif ke Hospital Pantai Ampang. Nurse terus bogelkan Hadif n mandikan dengan air batu. Menjerit anak mama menahan sejuk. Masa ni air mata mama dah menitik dah. Kesian tengok Hadif menangis2.

Lepas tu kena cucuk tiub utk drip plak. Lagi kuat meraung. Then baru kena transfer masuk ward. Kami dok two bedded room tapi lagi satu katil tu kosong. Sepanjang dok hospital katil kosong tu jadi tempat Hazim la.

7 hari Hadif kena tahan kat ward. Masuk hari kelapan mama request ngan doktor nak balik. Sepanjang 7 hari tu macam test doktor buat tapi semua negative. Scan, ultrasound, ujian darah tapi semuanya tak dapat kesan punca Hadif demam n cirit birit. 

Lepas keluar hospital demam still x kebah. Then kami bawak jumpa ustaz kat sg choh Rawang. 3 hari berturut2 mandi air limau. Alhamdulillah kami cuma berusaha, dengan izin Allah demam Hadif kebah. Lega hati mama...

No comments:

Post a Comment