Sunday, May 25, 2014

Langkawi : Nautilus Cafe

Hari kedua kat langkawi dimulai dengan makan. Haruslah isi perut ketat2 sebab one whole day penuh itenary yang mama dah rancangkan.

Pose manja dari mat bunga. Sepanjang pedestrian walk ke cafe ni penuh dengan pokok2 dan bunga bungaan. 

Bangunan cafe berasingan daripada bangunan hotel. So kena jalan kaki jauh sikit ke cafe tapi takdelah jauh mana pun.

Cafe ni namanya nautilus. Terletak betul2 kat tepi laut yang takde pantai. Kat tepi cafe jugak ada swimming pool.

Cafe agak luas. Nak jalan2 amik makanan tak perlu risau tersepak kaki kerusi orang lain.

Menu breakfast biasa2 jer. Confirm ada nasi lemak, roti bakar dan mihun mee goreng. Bolehlah kan setakat nak mengenyangkan perut.

Amboi sukanya dia dapat lepas bebas camni. Yang berbumbung tu adalah bar. Malam2 ramai yang lepak minum sambil swimming.

Nampak tak laut kat belakang tapi takde pantai. So tak yah berangan nak celup2 kaki menari dangdut pasir putih tepi pantai sangatlah.

My small family tema umno dan pas. Papa la ni orang suh pakai baju biru gak. Boleh plak dia tak bawak baju biru.

Ni ler swimming pool depan bar, betul2 next to nautilus cafe. Nun kat belakang istana persinggahan kami. Rasa2 jauh tak jalan nak gi breakfast?

No comments:

Post a Comment