Monday, May 26, 2014

Langkawi : Last Day

Tibalah kami ke hari terakhir edisi percutian family day kat pulau langkawi. Pagi ni dah takde apa2 aktiviti khusus.

Sebelum check out, kami breakfast dulu. Pagi ni boleh makan lenggang kangkung sebab takde rushing nak ke mana2 lagi dah.

Dari hotel kami terus ke jeti dan pulangkan kereta. Then beratur beli tiket feri untuk balik ke daratan.

Masa datang kelmarin beg sikit jer. Semalam siap kena beli beg dekat hj ismail group sebab tak muat nak letak barang2 shoppingan.

Overall family day kali ni memang menyeronokkan except isu kereta sewa. Namun, percutian selama 3 hari 2 malam terasa kejap sangat. Banyak aktiviti yang kami tak sempat buat. 

Antara aktiviti yang dah dirancang tapi tak sempat buat adalah melawat makam mahsuri, wild life park (bird paradise), telaga air hangat, galeria perdana dan pusat budaya kraf.

Papa dah bagi hint nak datang lagi tapi kali ni maybe dengan family kecik sahaja. Mama dah berkira2 next time nak gi underwater world, island hoping, kilim geoforest tour dan sunset cruise. So kenalah menabung dari sekarang.

No comments:

Post a Comment