Sunday, May 25, 2014

Langkawi : Oriental Village

Last time, in 2008 masa mama datang ke oriental village ni tak banyak sangat tarikan yang ada. Yang ada cuma cable car dan kedai2 souvenier.

Tapi sekarang macam2 aktiviti boleh buat kat sini, salah satunya aktiviti yang kami dah buat iaitu duck tours.

Pada sesiapa yang tak pernah naik cable car, ini dikira aktiviti wajib.

Sebab dari atas tu boleh nampak pemandangan pulau langkawi. 

Danish aiman seperti biasa sukakan aktiviti yang ekstrem. Dia sorang jer yang nak main flying fox.

Ready to fly. Mama yang kecut perut tengok dia.

Taman ala2 korea pun ada. Ni mesti pengaruh drama korea.

Winter sonata, walaupun dah berbelas tahun still cerita ni tetap yang paling best mama pernah tengok.

Kolam ikan penuh dengan ikan yang gebu2. Boleh beli makanan untuk diberi kat ikan2 ni.

Masa ni ada plak pameran kereta antik dan motor berkuasa besar. 

Cowboy ni tak lepas peluang duduk kat motor besar. Selain tu ada gak kuda dan kereta kuda cuma kami tak sempat nak cuba semua aktiviti.

Sebelum balik, haruslah pusing2 cuci mata beli apa yang patut dulu.

Overall kat sini happening. Kalau nak datang sini kena spent masa lebih skit. Cuba semua aktiviti yang ada. Duit pun kena sedia lebih la sebab semua aktiviti berbayar.

No comments:

Post a Comment