Thursday, January 31, 2013

Kita Hanya Merancang

Tapi Tuhan yang menentukan. Sebelum balik kampung, mama dah plan macam-macam dalam kepala ni. Nak jalan-jalan ke teganu, ke rantau panjang...tapi tinggal plan jer. Petang khamis, mek dapat panggilan dari pondok tempat moyang Rayyans tinggal. Moyang kena asthma attack. So papa n tok ayah cepat-cepat ke sana amik moyang bawa ke klinik.

Kesihatan moyang agak tak menentu. Lepas gi klinik, makan ubat, nafas kembali ok. Tetiba pukul 2 pagi moyang jerit panggil nenek. Moyang sesak nafas. So kami bawa moyang ke hospital. Masuk wad kecemasan. Nasib baik everything ok. Jadinya, cuti ni kami dok umah jer la menjaga moyang. Keluar pun setakat ke pasir putih jer.

Aktiviti wajib masa balik kampung adalah beli kain pasang. Masa balik last month dah beli 3 pasang. Kali ni beli lagi 3 pasang untuk mama dan sepasang sorang untuk nenek dan moyang.

Lepas beli kain, singgah tapau kfc. Rayyans menggeletis nak turun tapi mama tak izinkan. Kalau diorang turun sure kena makan sini. Mama tak dapat nak makan kat sini sebab risau moyang kat rumah dijaga oleh tok ayah sorang jer.

Sampai rumah, terus mengadap kfc. Si kembar ni siap bersimpang tangan diorang. Suka sangat makan fast food ni.

Dah habis melantak, mama ke rumah tukang jahit. Hantar kain baru untuk ditempah dan amik 3 pasang baju yang dah siap jahit.

Pit Stop

Tolak dari rumah agak lewat, pukul 10 baru gerak. Konon nak tunggu Rayyans tidur dulu tapi nan hadolah si kembar tu nak tidur bila nampak mama n papa sibuk dok punggah barang masuk kete. Diorang dah tau nak berjalan. Masing-masing buntang jer mata. Perjalanan kali ni kami banyak stop. Tak rushing pun. Slow n steady. Lagipun jalan tak jem. Kereta tak banyak sangat atas jalan.

1st pit stop, singgah kat petronas puncak alam dulu. Papa nak isi minyak. Mama nak amik duit. Risau bila ngingatkan peristiwa balik kampung bulan lepas. Kereta rosak tengah jalan. Jadi kena prepair duit yang secukupnya. Mana tau kot-kot peristiwa lama berulang kembali. Beringat jer. Mesin atm plak rosak.

2nd pit stop, singgah petronas gombak. Mama keluarkan duit n beli stok jajan n minuman untuk perjalanan malam ni.

3rd pit stop, singgah petronas bentong plak sebab mama nak shishi..tadi masa benti kat gombak tak de plak rasa nak shishi..

4th pit stop, kat hentian benta. Papa rehatkan kaki betulkan tulang belakang.

5th pit stop kat hentian sani express kat merapoh. Papa siap makan mee sup pepagi buta. Time ni pukul 3.30 pagi. 

6th pit stop kat rnr gua musang. Benti untuk tidur. Konon nak tidur kejap. Sedar-sedar matahari dah keluar. Dah 7 pagi rupanya. Cuci muka, solat dan buang apa yang patut kami teruskan perjalanan.

7th pit stop, benti breakfast kat kuala krai. Ingat nak makan nasi kerabu tapi kedai ni cuma jual nasi berlauk jer. Lauk plak gulai ayam, daging n ikan. Nasi gulai daging ni papa punya.

Ini mama punya. 

One thing, kedai makan kat kelantan mesti letak gula kat atas meja. Orang kelantan kan memang suka makan manis. Pas breakfast kami teruskan perjalanan lagi dan xde pit stop lagi dah.

Lama

Ya..lama gila tak update blog. Macam ni la bila bercuti lama. Bukan lama mana pun. 5 hari jer balik kampung. Bila kat kampung dunia internet terus dilupakan. Bila balik sini, nak memulakan tulis blog tu berchentaaa malasnya. Padahal story mory banyak nak cita ni. Sekarang tengah amik mood nak menulis. Pasni berjela-jela la hapdate *kalau mood masih ada*

Minggu lepas hari rabu mek sekeluarga balik kampung sempena cuti maulidurrasul n thaipusam. Apply cuti kat bos sehari, dapatlah cuti 5 hari straight. Tu yang gigih balik kampung tengok orang tua. Padahal last month baru jer balik kampung. Takpo..takde sapa marah pun selalu balik kampung. Mak pak lagi suka adalah dapat nengok anak cucu.


Bila balik kampung kami biasa gerak malam sebab tak sanggup nak layan kerenah anak sepanjang perjalanan jika gerak siang. Jadi dari opis, terus singgah kedai makan isi perut siap-siap. Balik umah nanti boleh terus ready untuk balik kampung. Petang ni makan kat restoran TTDI. Nama glamer restoran ni adalah merah. Sebab cat n deco dia warna merah. 


Restoran ni boleh dikatakan agak glamer la kat sini. Ownernya orang kelantan. Sudah tentulah kebanyakkan masakannya adalah makanan kelantan. Tapi harga sini up sikit banding restoran lain. Tapi mek tak kisah sangat, janji makanan sedap dan servis pun up jugakla.

Menu dinner di waktu petang adalah sotong celup tepung, kailan ikan masin, telur dadar, ayam goreng kunyit, tomyam campur nak sambal belacan. Aikk..tomyam takde plak kat sini.

Haaa ni baru nampak tomyamnya. Sini tomyam dia kaler putih. Takdelah pedas sangat. Pedas-pedas manja masam gitu. Ai like. Pas makan cepat-cepat balik umah, amik anak, siap-siap cabut balik kampung.

Sunday, January 20, 2013

Lamb Chop

Lamb chop segera. Beli yang dah perap kat giant. Dah banyak kali beli kat giant coz rasa dia not bad. Balik rumah just bakar dalam happy pan lebih kurang 30 minit. Best sebab daging dia tak liat.

Janggal plak kalau makan lamb chop sesaja. Nak kena ada side dish barulah lengkap hidangan. Goreng kentang dan buatkan salad buah-buahan. Buat juga sos blackpepper. Baru ngam ho.

Kat dalam salad mama letak tembikai, strawberry, tomato dan lobak merah. Pastu picitkan sos thousand island. Ala-ala salad kat pizza hut gitu.

Untuk Rayyans yang tak reti makan kambing lagi, mama bakar chicken kebab. Juga beli yang dah perap kat giant. Rayyans makan ayam jer. Bawang dan segala mak nenek tu dibuangnya.

Saturday, January 19, 2013

Brunch

Pagi ni everybody lambat bangun. Maybe sebab malam tadi masing-masing tidur lambat nak mengabiskan tengok final Maharaja Lawak Mega. Congrats to Jozan yang jadi juara. Selain Jozan, mama suka dengan lawak Shiro. Tapi sayang diorang cuma dapat tempat ketiga.

Bila dah bangun lambat, breakfast yang mama masak pagi-pagi tu jadi le menu lunch. Menu brunch: nasi goreng cina, roti paratha, sambal kentang dan dadih sebagai dessert.

Semalam masa gi PAS, jumpa strawberry murah. 3 kotak RM20. Segar-segar buahnya. So malam tadi mama masak dadih n sejukkan. Pagi ni potong strawberry hias ala kadar. Pastu mama layan breakfast sorang-sorang. 

Friday, January 18, 2013

Kenny Rogers

After bershopinggan kat nagoya barulah melilau cari tempat isi perut. Mula tu cadang nak makan KFC jer. On da way turun escalator nampak kenny rogers, terus kensel plan nak makan KFC. Dah lama betul mama ngidam nak makan kenny rogers. Kat area TTDI Jaya ni takde outletnya. Paling dekat kat PAS ni la.

Tersenyum kepuasan hari ni. Hati gembira dapat apa yang diidamkan. Dapat langsir baru dan dapat lepaskan tekak mengidam mengalahkan orang mengandung. Ke ai mengandung? Jeng jeng jeng...
 
Mama amik set Kenny's Chicken & Garden Meal. Set ni ada ¼ roasted chicken, Aromatic Rice, Kenny's Home-made Muffin and Caesar Supreme Salad/Classic Garden Salad. Nasi tu mama tukar amik macaroni & cheese yang berselindung disebalik mangkuk salad. Salad tu plak mama pilih Caesar Supreme Salad.
 
Mommy mia amik set Kenny's Chicken Meals. Set ni ada ¼ roasted chicken dengan 3 side dishes & 1 Kenny's Home-made Muffin. Mommy mia pilih side dish macaroni & cheese, coleslaw dan fruits.
 
Mama jue pun amik set Kenny's Chicken Meals. Mommy jue pilih side dish macaroni & cheese, garden pasta salad dan coleslaw. Pergh sampai dua jenis pasta tu. 
 
Our muffins. Vanilla for me n mama jue. Coklat for mommy mia.

Thank to mommy mia sebab sudi bawa dua perempuan gedik yang gila nak bershopping tapi takde kete.

Cuci Mata di PAS

Lunch hour tadi kami ke Plaza Alam Sentral. Tujuan mama nak ke nagoya. Nak cari kain langsir siang. Nak beli yang dah siap takde yang berkenan. Kebetulan mama mia tengah belajar jahit langsir. Alang-alang, mama bleh jadi first customer. Tolong kawan-kawan jana pendapatan tambahan.

Langsir siang yang jadi pilihan mama. Harganya RM5 semeter. Mama beli 10 meter. Langsir ni nak pasang dengan sliding door. Mama pilih kaler merah maroon sebab nak sesuaikan dengan langsir kat rumah tu kaler putih bunga merah. Harap-harap matching le. Tak sabar nak tunggu mama mia siap jahit.

Inilah dia image consultant mama. Cuba teka siapa di sebalik kain ini.

Sudah tentulah mama jue. Sambil-sambil teman mama memilih langsir, mama jue tak lepaskan peluang survey kain yang sesuai untuk rumahnya. Rumah pun nak tukar baju baru gak.

Jumaat Yang Barakah

Its friday again..hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Bila jumaat, me n my galfrens ada masa merendek waktu lunch hour. Di hari jumaat ini juga, for the first time mama berjubah ke opis. Galfrens kat opis semua dah berjubah since last week. Kiranya mama agak ketinggalan. 

Lihatlah penampilan kami bila berjubah. This week baru ada chance join depa berjubah. Baru beli jubah uolss..tu pun sehelai jer. Andaikata plan kami semua nak berjubah setiap hari jumaat, mama kena beli lagi jubah baru tambah koleksi. Takkan setiap minggu nak ulang tayang pakai baju yang sama jer. Nanti Mr B boring tengok mama pakai jubah tu.

3 mak dara manis berjubah (puji diri sendiri). Jubah-jubah sekarang dah moden. Walaupun berjubah masih boleh bergaya. Cuma mama ni jenis badan tak sekata susah nak cari saiz yang sesuai. Bila badan ok, tang tangan plak ketat. Susah betul bila ada lengan macam hulk hogan ni.

Dah boleh tubuh satu grup nasyid muslimah. Hahaha...Anggaplah ini permulaan kepada segala kebaikan. Betulkan niat kami berjubah bukan sekadar berfesyen tapi untuk memenuhi tuntutan agama. In shaa Allah.

Rangkuman Seminggu

Rangkuman seminggu untuk menu breakfast kat restoran mak uda. Kitorang ni bila dah jatuh chenta kat satu restoran, memang situ jer la tempat diterjah. Makan sampai muntah. Dah bosan nanti or dah habis menu yang dimakan, bolehlah cari port baru. Lagipun kat sini tempat strategik. Laluan kami ke opis. Dekat lak tuh ngan opis mama. Pergi balik kerja memang lalu depan restoran ni. 

Hinggalah 2,3 hari lepas tetiba tokey kedai tu datang pelu bahu mama. Tokey dia pompuan yer. Ayat dia "baguslah puan ni, setiap hari datang sini". My answer "oh saya memang support sesapa yang buka restoran kat sini". Less talking. Lets the food yang talking-talking.

Isnin: Pulut kuning dengan rendang ayam. Papa makan cucur udang lagi.

Selasa: Mama makan pulut pagi n ikan celup tepung, again. Papa makan nasi dagang matching dengan ulam nasi kerabu (memang pelik selera makan papa).

Rabu: Mama makan nasi berlauk gulai ikan tongkol. Papa makan nasi minyak lauk ayam masak merah. Nasi minyak tu manis rasanya.

Khamis: Me eat nasi lemak ayam goreng berempah. Papa makan roti kosong dua keping plus kuih-muih 3 ketul.

Jumaat: Mama makan nasi impit kuah kacang dan rendang ayam. Rasa macam raya plak. Papa makan mee goreng lauk sambal paru.

Notis tak? Setiap hari mama breakfast dengan nasi. Uwaaaaa...manalah badan tak kembang 3,4 mangkuk.

Thursday, January 17, 2013

Tompok Manggis

Hari isnin lepas, masa amik Rayyans kat rumah pengasuh terus pengasuh cakap hari ni berlaku satu tragedi. Mama dah berderau darah, risau apa la plak jadi kat Rayyans. Macam something bad happened. Rupanya....Hazim dah potong rambut Hadif. Setompok nampak kulit kepala.Nasib baiklah tak tergunting telinga ke bahagian badan ke. Syukur nothing bad happened.

Alkisahnya, anak ke4 pengasuh tengah buat kerja sekolah. Dia tak sedar bila masa budak berdua ni amik gunting dari pencil case. Sedar-sedar jer Hazim dah pegang rambut yang dah digunting tunjuk kat Ummi. Rupanya dia dah tarah kepala Hadif. Yang Hadif plak, redha jer hulur kepala kat Hazim suh potong rambut. So wiken ni kami plan nak gi saloon, nak tarah rambut diorang kasi pendek.

Risau juga takut benda ni jadi lagi sekali. Mama pesan kat pengasuh jangan terlepas pandang. Takut pasni dia gunting jari ke apa plak..

Wednesday, January 16, 2013

Sunday, January 13, 2013

Lazy Sunday

Sunday jer yang lazy but not me. Subuh tadi hujan...lepas subuh mama tidur balik. Pukul 7 bangun, masakkan breakfast. Lama tak makan mee goreng air tangan sendiri. So pagi ni masa anak-anak n lakik masih lena dibuai mimpi, mama berkelentung kelentang kat dapur sorang-sorang.

Dah siap masak, tunggu anak-anak n lakik tak jugak bangun-bangun. Tidur mam*** ke apa diorang ni? Papa logikla, coz malam tadi stay up sampai 2 pagi tengok bola. Rayyans? Buat mama konpius jer. Diorang mana pernah bangun lambat. Maybe sebab suasana yang dingin selepas hujan kot. Malas nak kejut diorang, mama layan breakfast sorang-sorang sambil tengok tv. Menu breakfast: Mee goreng, telur mata dan nescafe. Syok!
Mama habis breakfastpun diorang tak bangun-bangun gak lagi. Tetiba teringat buah mangga yang papa kidnap kat kampung masa balik last month. Time tu buahnya muda lagi. Balik sini papa balut dengan sokkabar.
Pas makan mee goreng, layan plak mangga masak yang manis ni. Ahhh...nikmatnya. Mangga ini ana yang punya.
Inilah pokok mangga nenek kat kampung. Pokok kecik jer tapi buah lebat. Rezeki kami balik kampung musim hujan. 3 hero bangun pukul 10 pagi. Mama dah nak masak untuk lunch baru diorang bangkit. 

Menu lunch: Ayam goreng berempah, kari kentang, sayur brokoli dan bunga kubis beserta sambal belacan. Lepas lunch, the two sambung tidur balik.

Tea time: Makan keropok jejari sudah. Cicah sos pencicah made in Kelantan. 

Anak bangun tidur terus join sekaki. Hari ni kerjanya makan tidur jer. Cuaca plak mendung jer sepanjang hari. Lagila bertambah lapar. 
 
Menu dinner: Buttered fried rice, grilled chicken dan brokoli dan carrot rebus. Pas dinner membuta lagi. Seronok betul main masak-masak wiken ni. Almaklumlah, lama tak jejak dapur.

Saturday, January 12, 2013

Dinner's Ready

Papa n Rayyans bersilat kat kebun, mama plak bersilat kat dapur. Senang hati mama masak untuk dinner sebab Rayyans tak mengacau mama. Diorang lagi seronok mengacau papa kat kebun.

Menu dinner: sup tulang, ayam goreng, sawi goreng belacan, nasi kukus dan sambal belacan. Thumbs up from papa. Papa ni senang jer nak pancing selera dia. Masaklah sup tulang or sup ekor, sure menambah.

Rayyans pun makan bertambah gak walaupun cuma berkuahkan sup dan ayam goreng. Makin gebulah anak mama.

Sagu Gula Merah

Balik dari nursery tadi, Rayyans tertidur. Sementara diorang tidur mama masakkan sagu gula merah untuk minum petang. Di kala cuaca panas ni tekak teringin benda-benda yang sejuk saja.

Sagu tu bila dah masak, mama sejukkan dalam peti ais dulu. Pastu cairkan manisan Kelantan, tuang atas sagu. Then santan mama gantikan dengan susu penuh krim.

Bila anak-anak bangun tengok ada 'aiskrim' kat atas meja, kenmain seronok diorang. Comelkan bekas ni. Actually bekas tu memang bekas aiskrim asalnya. Lepas Rayyans makan aiskrim, mama basuh bekas tu, simpan. Time-time masak camni bolehla direcycle.

Selepas tea time, barulah sambung aktiviti berkebun yang tergendala pagi tadi. Bunga-bunga yang mama beli ni dah selamat transfer ke pasu lebih besar.

Bunga kuning dijadikan kawan kepada bunga pink yang mama beli kat Cameron. Bunga ros ni pun tengah rancah berbunga sekarang ni. Seronok mama tengok.

Pokok kacang bendi plak ditransfer ke atas tanah. Bagi ruang untuk akar dia merebak. Haaa ko, siap berpagar lagi tu. Harap-harap hidupla pokok ni sampai mengeluarkan hasil.

Walaupun tiada serangga perosak, tapi makhluk perosak 2 ketul ni yang lagi bahaya. Dah banyak kali diorang cabut anak benih yang papa semai. Nak kena titik tangan ni.