Kami meneruskan perjalanan ke songkhla di mana terletaknya samila beach. Tempat pertama kami singgah di songkhla adalah di the great serpant nag.
Peta songkhla. Dari hatyai ke songkhla memakan masa dalam sejam perjalanan menaiki tuk tuk.
Antara tempat pelancongan yang terdapat di songkhla. Kami cuma sempat ke great serpant nag je.
Inilah dia the great serpant nag. Kepala naga yang kononnya memancutkan air suci. Ekor naga dikatakan terdapat kat tempat lain. Tapi kami tak pergi pun kat ekor naga.
Sejarah berkenaan great serpant nag. Silalah baca. Membaca jambatan ilmu. So jangan malas2.
Nak bergambar solo dengan naga tanpa ramai yang enterprame tak dapat. Sebabnya bukan mama sorang pelancong kat sini.
Air yang terpancut dari mulut naga straight away ke dalam laut. Kat atas ni mama takut2 sikit nak bergambar sebab banyak anjing.
Masuk hari kedua tekak mama dah rasa lain macam. Mungkin sebab asyik minum air batu jer. Teh ais memanjang kat hatyai ni. Jadi sebelum melarat mama terpaksa berkepit dengan botol air mineral.
Tiga dara pingitan. Eh bukan.. dua mak dara dan sorang dara pingitan. Dua orang mak dara yang dah dapat izin suami untuk join trip anak dara.
Inilah kami, rombongan cik kiah ke hatyai. Mama n ciknor yang paling tua. Yang lain tu pangkat adik2 mama. Masih muda remaja lagi diorang ni.
Kat depan ada gerai2 yang menjual makanan ringan. Ciklili dengan cikfatin tak habis2 membeli makanan. Diorang ni asyik mengunyah jer tak benti2.
Perut dah lapar sebenarnya sebab dah melangkau waktu tengahari. Jadilah makan cucuk2 ni buat alas perut.
Pastu dapat plak aiskrim kelapa penyejuk tekak semasa cuaca panas terik. Orang tua2 cakap panas sebelum hujan turun.
Alhamdulillah nikmat yang mana hendak ku dustakan. Manis boleh tahan jugak aiskrim kelapa ni. Melekat2 dekat tekak dan tangan.
Bersebelahan the great serpant nag ada monumen tentera. Kira macam tempat ni dulu pernah jadi kubu tentera kot.
Meriam siap sedia dihalakan ke laut sebagai pertahanan sekiranya musuh cuba menyerang dari laut. Sekali tengok macam kat bukit melawati kuala selangor.
Kalau kat malaysia ada nasi kandar. Kat songkhla ada telur dan kacang kandar. Tak pasti plak telur tu dah masak ke belum.
The girls borong kekacang buat kudapan sementara pak yakub bawa kami ke restoran untuk lunch. Masing2 dah terbayang2 nasi dengan tomyam.
Sebelum ke restoran yang dicadangkan oleh pak yakub, kami akan singgah kat hatyai aquarium untuk bergambar2 dulu.
No comments:
Post a Comment