Destinasi terakhir di hari pertama kami kat hatyai adalah floating market.
Pak yakub drop kami kat tepi jalan besar dan akan tunggu kami sehingga habis tawaf floating market.
Dari jalan besar kami kena jalan kaki dalam 100 meter untuk ke floating market.
Perjalanan kami melepasi sebuah tokong dan gerai2 jualan di kiri kanan jalan.
Kalau nak beli baju atau souvenier kat sini la boleh dapat harga paling murah berbanding tempat lain.
Kemudian akan ada satu jambatan yang dihiasi bendera pelbagai negara merentasi sungai.
Kami kena berjalan hingga ke hujung jambatan untuk turun ke floating market.
Nun di bawah sana floating market. Bersusun cantik perahu2 peniaga menunggu kedatangan penggunjung.
Inilah tempat yang paling mama tunggu2, yang mama nak sangat2 pergi.
Semuanya dek kerana terpengaruh dengan media sosial pasal makanan2 thai yang dijual kat floating market.
Bila tengok gambar2 makanan yang dipost kat facebook memang boleh buat telan air liur la.
Perasaan ni membuak2 nak merasa sendiri makanan yang dijual kat sana. Especially bila nampak gambar udang gemuk2.
Market ni hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Operasi bermula dari pukul 5 petang hingga malam.
Pasar ni memang unik sebab pelbagai jenis makanan dijual di atas perahu. Harga pun tak mahal. Range dalam THB20 ke THB100.
Cuma kena berhati2 memilih makanan takut terbeli makanan dari penjual non muslim.
Ada satu platform dibina untuk memudahkan urusan jual beli.
Cuaca pun agak tak menentu waktu ni. Bila petang jer hujan mulai turun. Jadi kami berjual beli dan makan dalam hujan.
Tapi itu sikit pun tak mematahkan semangat kami bergerak dari satu perahu ke perahu yang lain mencari menu yang memikat hati.
Lagi sekali kami rambang mata melihat pelbagai makanan yang dijual. Kalau ikut nafsu semua makanan nak rasa.
Kebanyakkan peniaga tau bertutur bahasa melayu. Satu kelebihan buat mereka kerana rata2 pengunjung adalah dari malaysia.
Mama terasa macam dok kat pasar tani kat malaysia pula. Sebab semua orang cakap melayu.
Kat sini ada pondok yang disediakan untuk pengunjung menjamu selera. Cuma tempat adalah sangat terhad.
Masing2 amik masa yang agak lama untuk makan. Maklumlah semua makanan nak rasa. Jadi lama la kena duduk makan.
Cuma satu je yang mengganggu. Anjing terlalu banyak berkeliaran kat sini. Tengah syok2 makan tetiba ada anjing kat sebelah.
Makin gelap makin meriah. Pengunjung semakin ramai walaupun hujan renyai. Siap ada persembahan nyanyian dari artis tempatan. Memang happening habis.
Kat bahagian atas area floating market ada pondok2 yang menjual makanan juga. Kat sini ada surau yang disediakan.
Sebelum maghrib kami bergerak untuk balik ke resort. Sebelum balik sempat lagi tapau makanan untuk makan kat resort.
Dah seharian kami berjalan. Badan pun dah kepenatan dan mata dah mengantuk. Tak sabar nak balik resort untuk segarkan dan rehatkan badan. Esok banyak lagi tempat yang akan kami jelajahi.
No comments:
Post a Comment