Plan nak breakfast kat restoran salma tetapi ya ampun ramainya orang. Penuh sesak restoran. Mula tu kami tunggu je tapi macam takde pelanggan pun yang berganjak.
Dahla masa ni hujan renyai2. Perut pun dah mula berdondang sayang. So kami just jalan2 meninjau kawasan sekitar je.
Masa ni memang nampak mostly kabel elektrik diorang berselirat macam ni. Masa tu mama terfikir gak takde ke berlaku litar pintas. Sapa engineer electrical yang tengok ni mesti berbulu jer mata.
Dari jauh nampak signboard hamid restaurant kat seberang jalan. Sekali tengok macam kedai mamak.
Sedang elok sangat la sebab kami pun tengah lapar. So marilah beramai2 cross jalan ke restoran hamid.
Di hadapan restoran pun jadi. Masa ni dok tunggu meja kosong. Ramai jugak manusia kat sini pun. Pastu semua orang malaysia.
Last2 waitress panggil kami tanya boleh share meja tak. Kami ok jer share meja daripada kena tunggu lama2.
Duduk kat meja bulat ni share dengan 2 orang awek cun dari kedah. Dah la cantik2, peramah pula tu. Gambar ni diorang la yang tolong amikkan.
Mama order mee goreng dengan teh ais. Sepanjang kat hatyai ni asyik minum teh ais jer. Mama kena makan kenyang2 sebab harini full day aktiviti kami.
Cikfatin n ciklili order roti pisang dan teh hijau. Sedap jugak roti pisang ni. Manis2 rasanya. Kena dengan lidah kelantan mama.
Yang lain order nasi lemak tapi tak lupa plak nak amik gambar. Masing2 tengah lapar bila sampai makanan terus ngap jer.
No comments:
Post a Comment