Selain nasi lemak antarabangsa kat kg baru, nasi lemak wak manjor pun antara yang femes jugak. Mama tak sedar pun kewujudan nasi lemak wak manjor. Tapi masa kami ke kg baru untuk makan kat nasi lemak antarabangsa, penjaga parking rekomen kat kami nasi lemak wak manjor.
Katanya lagi sedap dari nasi lemak antarabangsa. Pastu owner nasi lemak wak manjor adalah owner asal nasi lemak antarabangsa. Gitula yang penjaga parking tu bitau kami. Sebelum ni pernah datang untuk makan kat sini tapi kedai tutup pulak. So kami makan kat nasi lemak antarabangsa je.
Hari ni kami bernasib baik kedai buka. Kedai ni sederet jer dengan nasi lemak antarabangsa tu. Masa kami sampai orang pun tak ramai beratur. Ada pelbagai pilihan lauk untuk dimakan dengan nasi lemak kukus.
Pilihan mama of courselah sambal kerang. Rasa memang sedap. Sambal pedas2 manis cukup rasa kat tekak mama. Cuma mama rasa kalau nasi tu letak atas daun pisang lagi bangkit aroma dia.
Budak2 amik lauk telur goreng n telur rebus. Si bam bam mama sorang ni tak cukup sepinggan nasi. Dia tolong habiskan nasi hafiy yang tak habis. Satu lagi yang mama suka kat sini tempat makan proper dan banyak kerusi meja yang disediakan sebab tempatnya luas. So selesa la skit makan.
Lepas makan terus balik rumah jer. Mama dah penat seharian dekat utc. Rasanya lepas ni kami prefer ke nasi lemak wak manjor jer. Teringat2 nasi lemak kukus tu.
No comments:
Post a Comment