Sampai kat stesen ktm padang besar hampir pukul 5.30 pagi. Lepas tu masing2 menuju ke toilet dan surau. Kat stesen ramai pengusaha van yang approach kami.
Plan asal kami nak naik keretapi klasik ke hatyai. Tapi train pukul 9 pagi baru ada. Macam lama pulak kami nak menunggu lagi 3 jam. Masa ni muka memang serabai gila. Rambut pun berjuraian terkeluar dari tudung.
So kami agree untuk naik van ke hatyai. Tambang van ke hatyai THB200 per head. Orang van tu terus bagi kami blue form untuk diisi siap2. Form ni kena serah kat imegresen thai. Pastu slip yang dikoyak kena simpan elok2 sebab kami kena serah balik bila keluar dari thailand nanti.
Dari stesen ktm kami kena menapak agak jauh sikit melalui jejantas untuk ke imegresen malaysia. Masa ni masing2 berdebar gak kot2 tak boleh ke seberang.
Mana la tau kot nama ada sangkut ptptn. Walhal sebelum datang masing2 dah check kat website kastam. Alhamdulillah semua ahli rombongan melepasi pemeriksaan imegresen dengan jayanya.
Pakcik driver van yang kami dah deal tadi dah siap2 menunggu kami selepas pemeriksaan imegresen malaysia. Kami akan menaiki van ke imegresen thailand pula. Macam tak percaya je kami dah sampai ke sempadan thailand.
Walaupun masih awal pagi tapi ya ampun, line dah panjang gila. Cuma ada dua kaunter jer yang buka. Pakcik van dah siap2 pesan kat kami suh selit rm2 dalam passport. Mula tu mama ingatkan memang caj perkhidmatan diorang. Rupanya duit tu adalah duit 'kopi'.
Lepas imegresen thai kami ke toilet segarkan diri. Toilet kat sini lagi bersih dari toilet kat stesen padang besar tadi. Agak menyedihkan jugakla. Sedangkan kat sini masuk toilet free. Kat padang besar siap kena bayar.
Pakcik van malaysia yang kami naik tadi menyerahkan kami ke van thailand pula. Maybe diorang ni bernaung di bawah agent yang sama. Driver van thai memang tak tau cakap melayu or english.
Van ni bawa kami bersama dengan beberapa orang pelancong lain. Kiranya penuh la satu van tu. Mama agak satu van boleh muatkan dalam 15 orang. Van akan hantar kami terus ke hotel.
Mama kena dok kat depan plak tu sebelah driver. Kengkawan lain kat belakang siap boleh tidur lena. Mama gunakan kesempatan dok kat depan untuk menghayati pemandangan sepanjang perjalanan.
Perjalanan mama kira dalam sejam jugakla ke hatyai. Sepanjang jalan banyak tokong2 buddha yang besar. Mama perasan jalan kat sini kurang trafic lite. Pastu tak sesibuk dan secrowded jalan kat indon.
Waktu kat thai lewat sejam dari malaysia. Kalau tadi kami gerak dari padang besar pukul 7 pagi, after sejam sampai hatyai tapi waktu kat hatyai still 7 pagi. Pening kejap nak faham dan adjust time kat sana. Walau apa pun mama excited sebab dah sampai ke hatyai.
No comments:
Post a Comment