La korn maksudnya selamat tinggal. La korn hatyai. Kami dah nak balik malaysia. Plan asal kami masa datang hatyai nak naik train klasik tapi tak kesampaian. Jadi kami decide untuk balik ke padang besar dengan train klasik.
Semalam, dari samila beach kami singgah ke train station dulu untuk beli tiket train. Risau takut tak sempat nak beli hari ni. Masa kami sampai ni dah nak dekat senja. Jadi lepas beli tiket kami berlari2 sebab nak cepat ke asean bazaar pulak.
Masa tengah berlari2 tu tetiba ada sorang pakcik tahan kami suruh berhenti. Kebetulan masa tu ada sekor anjing kat depan mama. Mama ingatkan pakcik tu tahan sebab nak elakkan anjing. Tapi mama pelik tetiba semua orang berdiri tegak. Yang tengah minum berdiri. Yang tengah sembang berdiri.
Rupanya masa tu lagu negara thai dimainkan kat train station ketika bendera negara mereka diturunkan. Kagum mama tengok rakyat thai menghormati lagu kebangsaan mereka. Kalau kita kat malaysia langsung tak hirau bila lagu negaraku dimainkan. Termasuklah mama sendiri.
Berbalik kepada cerita perjalanan balik kami, masa kami sampai kat station train dah ada dekat platform. Kami cepat2 ke kaunter simpanan beg untuk amik beg2 kami. Lepas tu cepat2 lari cross landasan (arrow kuning) untuk ke platform seberang sana. Mula tu mama macam pelik gak boleh main cross landasan macam tu je. Tak bahaya ke. Kot tetiba ada train sesat ke.
Semalam kononnya nak sampai awal kat train station sebab nak bergambar2 kat sini dulu. Tapi nan hado tak sempat. Kami menggelabah biawak bila tengok orang kat dalam train dah ramai. Risau takut kena tinggal dengan train. Karang jenuh nak mencari van balik ke padang besar.
Bila kami naik ke koc kami, masa tu dah cuak sebab tengok train dah penuh dan ada orang duduk kat kerusi kami. Mama ingatkan first come first serve. Masaklah kami kena berdiri sepanjang perjalanan.
Kebetulan masa tu ada pegawai station tengah cek penumpang n mama cepat2 cakap no seat kuat2. Orang yang tengah duduk kat seat kami tetiba bangun. Rupanya depa just tumpang duduk.
Diorang memang beli tiket train tapi tiket untuk berdiri sebab tiket yang ada seat dah habis. Musykil mama walaupun seat dah habis depa still jual tiket jugak. Yang mama kesian, diorang family yang ada anak kecik.
Masa tu terdetik jugak kalau dah tiket yang ada seat dah habis kenapa beli jugak tiket yang berdiri. Kenapa tak balik naik van je. Sebab kat sini van memang berlambak2 untuk ke padang besar. Tambah2 dalam train memang sesak. Pastu train klasik tak ada ekon. Kata train boleh buka tingkap kan. Yang ada cuma kipas kecik. Itupun tak berfungsi.
Jadi sebelum train bergerak memang panas yang amat dengan penumpang penuh sesak. Maybe diorang pun macam mama jugak, nak rasa pengalaman naik train klasik. Nasib baik kami dah beli tiket siap2 semalam.
Pastu kami sembang2 dengan penumpang lain. Rupanya diorang tak tau boleh beli tiket awal. Sebab diorang ada tanya/baca somewhere cakap tiket hanya dijual pada hari perjalanan sahaja. Kiranya semalam kami bernasib baik penjaga kaunter tiket tu jual tiket kat kami. Kalau tak kami mungkin terima nasib yang sama hari ni.
Perjalanan ke padang besar makan masa hampir sejam. Sempatlah kami melelapkan mata sekejap. Dah la suasana macam dingin jer sebab kat luar hujan renyai2.
Akhirnya kami selamat tiba ke padang besar. Tapi masyaallah beratur panjang nak chop pasport kat imegresen thai. Rasanya sejam lebih jugak beratur. Kami malas nak berdiri lama2 jadi kami tunggu line pendek dulu. Lagipun kami tak rushing sangat sebab tiket bas nak balik ke kl pukul 10 malam. Kami ada banyak masa lagi.
Sementara orang lain beratur chop pasport kami gedik2 pose dekat train. Bila dah nampak line mula pendek barulah kami start beratur. Yang lagi haru, bila nak sampai turn mama pegawai thai tu pergi tutup plak kaunter. Katanya waktu kerja dia dah habis. Terpaksa la mama pergi beratur kat kaunter lain.
Bila dah setel urusan chop pasport kat imegresen thai n malaysia, kami naik teksi ke padang besar. Tujuannya nak cari barang2 yang tak kesampaian nak beli masa kat hatyai. Kami laju2 beli barang sebab kedai kat padang besar pun dah nak tutup. Barang2 ni memang dari sana jugak cuma beza harga la. Kat padang besar harga up la sikit banding hatyai.
Dari padang besar kami naik teksi ke stesen bas kangar pula. Malam ni kami akan balik ke kl menaiki sani express. Berdebar juga mama nak naik bas. Maklumlah hampir 15 tahun rasanya tak naik bas express perjalanan jauh macam ni. Lagi2 ini first time mama naik bas dua tingkat. Syukur Alhamdulillah perjalanan balik smooth je. Mama turun kat hentian sg buloh pukul 5.30 pagi. Buah hati mama dah sedia menunggu mama kat sana.
No comments:
Post a Comment