Destinasi kami seterusnya adalah ke chang puak camp. Tempat ni jauh sikit. Kena keluar dari pekan hatyai. Lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki tuk tuk.
Waktu mula2 sampai orang tak ramai. Jadi kami dapat bergambar kat mercu tanda ni tanpa gangguan.
Ni kira pintu masuk ke camp ni la. Masuk ke sini adalah percuma je. Tetapi aktiviti2 kat dalam ni berbayar. Tak semestinya kita kena main semua aktiviti kat sini.
Banyak juga aktiviti yang boleh buat kat dalam ni. Senarai harga setiap aktiviti tu boleh rujuk kat papan tanda kat kaunter tiket.
Mama, ciknisa, ciknor n cikwani nak naik gajah. Rasa rugi plak dah datang jauh2 tapi tak nak naik. Cuma harga tiket agak mahal iaitu THB500.
Pejam mata je la bayar. Niat dalam hati bersedekah untuk gajah2 yang dah penat bawa manusia. Tapi bila dah naik tu macam kesian plak kat gajah.
Tiket dah beli, jom la kita cari station nak naik gajah tu. Sila refer papan tanda yang disediakan oleh pihak pengurusan. Confirm takkan sesat.
Memang takkan sesat pun. Kecik jer kawasan dia. Kat pondok sana la tempat untuk naik gajah. Tinggi pondok tu sebab nak samakan dengan ketinggian gajah.
Dah naik sini kena tunggu turn pulak. Nasib baik masa ni orang tak ramai. Jadi gajah2 banyak yang tengah free. So mama tak perlu tunggu lama.
Tu dia gajah kami dah sampai. Setiap gajah dipasang payung yang berhias cantik. Terasa macam keturunan raja2 zaman dulu plak bila naik gajah ni.
Macam gayat pun ada nak naik atas belakang gajah. Masa nak naik tu dok berdoa janganlah gajah ni mengamuk. Buatnya tetiba mood gajah tak elok time tu.
Jauh jugak gajah ni bawak kami round2 dalam kawasan hutan dan sungai. Masa nak turun bukit paling seram. Pastu bila gajah lalu tepi kawasan curam. Masa tu dok berdoa je dalam hati janganlah tergelincir ke tebing curam.
Paling mama kagum, gajah2 ni faham tau arahan penjaga dia. Macam gajah yang mama naik, penjaga tu siap benti mandikan gajah dulu. Setiap arahan dia gajah ikut je. Kiranya gajah tu boleh communicate dengan penjaga dia.
Selain dari aktiviti naik gajah, pengunjung jugak boleh bergambar dengan anak gajah. Cikfatin bergambar dengan gajah masa mama tengah tunggang gajah.
Pengunjung juga boleh beli pisang yang dijual kat sini untuk diberi gajah makan. Cuma kalau nak bagi makan just bagi dari luar jer. Tak dapat nak masuk dalam kandang gajah.
Ada jugak show gajah. Then pengunjung bolehla menderma selepas gajah dah buat show menghiburkan semua pengunjung. Gajah2 kat sini memang dilatih dari kecik lagi.
Selain gajah, ada jugak haiwan2 lain kat sini. Pengunjung boleh beli makanan dan bagi haiwan2 ini makan.
Lama jugak kami melepak kat sini. Lepas naik gajah tadi hujan mula turun. Jadi kami berteduh kat bawah rest area. Kat sini ada kedai runcit dan cafe. Boleh la duduk2 sambil minum sementara hujan benti untuk kami meneruskan ke destinasi yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment