Akhirnya menjadi juga plan girls trip nak jalan2 cari makan ke hatyai. Plan asal ramai yang nak join tapi at last tinggal 6 orang je. Mama, ciknisa, ciknor, cikwani, cikfatin dan ciklili (kawan cikfatin) yang dapat ikut.
Trip kami ni memang dibuat based on pembacaan kat internet semata. None of us yang pernah sampai ke hatyai. Jadi kami tak dapat nak membayangkan real scene yang akan kami tempuh kat sana.
Kami bertolak ke padang besar menaiki ets dari kl sentral. Train kami bertolak pukul 10.30 malam dan dijangkakan sampai padang besar pukul 5.30 pagi.
Dari tempahan bilik, tiket keretapi dan tiket bas semuanya diuruskan oleh cikwani. Kalau nak harap kat mama maybe tak sampai kami ke hatyai.
Hari ni semua orang masih kerja. Jadi lepas kerja terus balik rumah siap2 dan terus gerak ke kl sentral. Mama of course la papa n the boys mengantar sampai ke kl sentral. Tapi diorang tak tunggu pun. Lepas drop mama diorang terus balik rumah. Lagipun mama risau hafiy nangis nak ikut nanti.
Mama sampai kl sentral awal jugak. Ye la first time naik train. Jadi tak dapat nak bayang camna keadaan. Dah lama mama tak jejak kaki ke kl sentral. Takut terkapai2 nak mencari train platform.
Tak lama menunggu barulah all the girls sampai. Hilang debar bila semua dah berkumpul. Mama excited nak ke hatyai but at the same time hati gundah juga mengingatkan suami dan anak2 yang ditinggalkan.
Mama dok satu seat dengan ciknor. Kami semua duduk pecah2 sebab train penuh masa kami beli tiket. Mama boleh agak yang semua penumpang ni tujuannya nak ke hatyai jugak.
Travel naik ets ok jugak. Sebab perjalanan ikut jadual. Pastu tak perlu risau pasal traffic jam. Kat dalam train pun selesa. Cuma lampu dalam train tak dipadamkan. Jadi terpaksa tidur dalam lampu terang.
Kat dalam train ada tandas dan kantin kecil yang jual makanan macam sandwich, mee goreng dan air panas. Surau pun ada jugak kat tepi kantin. Surau ni share untuk laki dan perempuan.
Yang paling mama kagum ada power point kat bawah seat untuk penumpang charge handfon. Kira hebat jugakla ets boleh provide semua facilities tu untuk kemudahan penumpang.
Cuma part kantin tu mula2 mama bayangkan satu gerabak tu adalah kantin. Dan ada meja2 kerusi untuk penumpang duduk menikmati makanan.
Rupanya cuma kantin kecil saja. Ada dua meja je yang diorang provide. Kiranya 4 orang jer boleh duduk dalam satu2 masa. Not a big deal pun pasal kantin tu.
Mama just tapau jer sandwich dan hot milo dan balik makan kat seat. Mama pun bukannya lapar sangat cuma nak dapat experience beli makanan kat dalam train je. Lagipun mama dah makan siap2 sebelum ke kl sentral tadi.
Lepas makan kami amik peluang lelapkan mata. Kami harus berehat secukupnya sebab esok banyak aktiviti yang kami dah rancang.
No comments:
Post a Comment