Setelah separuh hari menghabiskan masa kat songkhla, tibalah masa untuk kami kembali ke pangkal jalan. Penat, letih, lapar, mengantuk, semua rasa ada. Kalau la dapat tilam waktu ni memang heaven.
Sebelum balik ke hatyai kami singgah solat kat sebuah masjid kecil di songkhla. Menurut pak yakub ini adalah sebuah perkampungan nelayan islam. Kebanyakkan penduduknya berasal dari malaysia, berhijrah dan terus menetap di sini.
Selepas solat kami ada bersembang dengan sorang penduduk. Pakcik tu asal dari kedah dan dah berbelas tahun bermastautin di songkhla. Pakcik tu kahwin dengan orang tempatan dan terus menetap dekat kampung ni.
Menurut pakcik tu kat masjid inilah yang orang2 malaysia datang menikah. Selalu kita dengar orang2 malaysia kahwin kat siam kan. Rupanya kat masjid inilah salah satu tempat depa datang menikah. Tapi sebelum menikahkan, imam masjid memang akan call pejabat agama kat malaysia untuk minta izin dulu.
Masjid ni terletak betul2 kat tepi laut. Banyak bot2 nelayan parking kat tepi laut. Cuma mama rasa kat sini tak sesuai untuk mandi. Banyak batu2 yang diletakkan di tepi pantai untuk menghalang hakisan.
Mama sempat snap pak yakub tengah melayan perasaan. Mama ada jugak terfikir, seharian dia ikut kami demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Sedangkan tambang yang dia minta bukanlah banyak pun. Kalau mama convert ke duit kita baru RM30 sorang. Itulah harga yang dia amik untuk servis dari 9 pagi hingga 9 malam.
Bila nampak mama pak yakub terus offer diri untuk amik gambar mama pula. Dipanggilnya mama ni adik. Terus terasa muda remaja balik.
No comments:
Post a Comment