Friday, January 13, 2012

Angry Bird

Sekarang ni memang tengah musim angry bird. Mama mula tu langsung tak amik pusing pasal angry bird ni until one fine day Hazim cakap kat mama 'ma..nak beg gibird'...i thot apa lah  gibird ni. Pastu the next daynya masa sembang-sembang ngan pengasuh barulah keluar cerita pengasuh belikan anak dia beg angry bird. So Hazim pun teringin gak lah nak beg angry bird ni. 

On da way ke penang last month, masa benti makan kat sg besar ternampaklah beg angry bird dijual disebelah kfc. Tanya harga lebih murah banding kat shah alam. Rembatlah dua ketul beg untuk Rayyans.

Settle hal beg. Kat opis timbul plak cerita aunty tasya nak buat 1st birthday party untuk afif bertemakan angry bird. Dah satu hal plak mama sibuk mencarikan baju angry bird untuk Rayyans. 

So far dah belikan tshirt round neck 4 helai tapi macam tak puas hati lagi (kes nak mengabiskan duit la ni). Kat facebook ada plak frens yang tag gambar pyjamas angry bird for RM110. So mama pakat ngan aunty tasya join order...4 pasang mama beli untuk Rayyans.

Kenmain suka lagi anak mama ni dapat baju angry bird. Perkataan 'cantik' tak putus-putus dari mulut. Asalnya mama pakaikan untuk try jer, pastu diorang takmo bukak. Terus pakai buat tidur.

Monday, January 9, 2012

Rayyans @ 29 Months

Dah lama betul tak cerita pasal perkembangan Rayyans. Asyik cerita pasal masak memasak jer. Hehhe..nak buat macam mana...mama ni surirumah separuh masa. Pastu plak tengah hangat-hangat mencuba pelbagai resepi baru. So banyaklah nak update kat blog sampaikan nak update kisah Rayyans pun dah tak sempat dah.

Sekarang ni bila mama hantar ke rumah pengasuh, dah tak mau didukung. Ye lah, orang dah besar. Mestilah nak jalan sendiri. Pastu tak mau dipimpin tangan. Bila dah jalan sendiri tu mulalah nak berlari. Walhal langkah bukannya tegap lagi. Pastu mulalah kaki tangan mencium jalan. Luka sana sini. Luka tu plak amik masa nak baik..mana taknya..tangan asyik dok mengutis parut-parut kat lutut tu.

Bila dah besar dan cerdik ni, nak pakaikan pampers dan baju cukup susah. Berkejar keliling rumah, lepas kena tangan kat paha barulah nak baring elok-elok. Kalau tak menonggeng sana, menonggeng sini. Mulut pun dah pandai menjawab ngan mama. Bila mama suruh makan, siap jawab taknak sambil geleng kepala. Kalau dulu bila mama bagi makan mulut nganga jer. Mana pandai nak jawab-jawab tak nak ni.

Satu lagi peel perangai Rayyans kebelakangan ni adalah naik tingkat atas senyap-senyap. Pagar kat tangga tu diorang dah pandai buka. Bila mama terlepas pandang jer senyap-senyap diorang naik tingkat atas. Bukan apa, tingkat atas umah kami tu teramatlah banyak perkakas yang membahayakan diorang. Tingkat atas tu dah rupa macam stor dah..tu yang diorang suka sangat naik atas. Macam-macam adaaa..

Sunday, January 8, 2012

Sticky Caramel Chicken Wings

1st attempt guna resepi ni. Cook this for lunch today. Sedap dan menjilat jari. Pasni memang confirm ada ulang tayang menu ni kat blog mama.

Resepi Sticky Caramel Chicken Wings mama refer kat blog Dapur Mamasya. Thks mamasya coz sharekan resepi yang gojes ni.

Bahan - bahan :
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)
1 sudu besar kicap - letak 2 sb
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Roti Paratha Cicah Sardin

Another resepi guna bahan-bahan segera jer. Ni roti paratha perisa bawang jenama kawan. Masak ni untuk breakfast pagi ni. Masaknya senang jer. Cairkan mentega dalam frying pan, pastu goreng roti tu sekejap hingga keperangan. Makan time panas memang crunchy tapi bila dah sejuk alamak ai kerasnya.

Ini plak ikan sardin yang mama buat lauk untuk roti paratha ni. Putih jer sardin ni kan. Lupa plak nak snap tinnya. Sardin ni mama goreng dengan bawang...sedap gak makan bila kelaparan.

Tu dia..ada tangan nak mencubit paratha mama ni. Cer teka tangan sapa tu?? Of course la tangan Hadif. Dia jer yang laju bab-bab makan ni.

Saturday, January 7, 2012

Tumis Sawi Putih Dengan Tauhu Jepun

Sayur untuk dimatchingkan dengan bawal 3 rasa. Masak simple jer..dah kata minggu malas kan. Tauhu tu pun sepatutnya goreng dulu baru sedap. Tapi mood M datang plus nak cepat terus main campak-campak jer.

Bahan - bahan :
1 ikat sawi putih
1 batang tauhu jepun - seeloknya digoreng dulu
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara - cara :
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan tauhu dan goreng seketika.

Masukkan sawi putih dan goreng hingga sedikit layu.

Masukkan kicap dan perasakan garam. Sedia untuk dihidang.

Ikan Bawal Emas 3 Rasa

Kalau takde idea nak masak apa, 3 rasa lah penyelamat. Ikan apapun kalau masak 3 rasa sure licin punya. Masakan ni memang kegemaran papa.... n mama too. Dah banyak kali mama ulang tayang masakan ni, cuma bezanya jenis ikan sahaja. Kali ni mama masak guna ikan bawal emas.

Resepi ikan tiga rasa versi mama boleh refer kat Sini. Cuma kali ni mama tambah potongan kiub nenas yang dalam tin tu jer.

Bahan - bahan :
Sekor ikan bawal emas
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 susu sos tomato
carrot potong panjang-panjang
nenas potong kiub
2 sudu air perahan lemon
4 sudu madu larutkan dengan secawan air
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Tumiskan bahan - bahan yang dimayang beserta cili boh sehingga garing. Masukkan bancuhan madu, sos cili dan sos tomato. 

Masukkan carrot dan masak sehingga carrot sedikit lembut. Kemudian masukkan nenas dan perahan lemon dan kacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah 3 rasa ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu.

Special Entree For Siti Norwahizan

Siti Norwahizan atau nama mesranya Siti ni adalah kawan mama masa kat UTM skudai dulu. Siti juga pernah jadi housemate mama kat Taman Universiti. Tapi sekejap jer coz lepas tu Siti transfer masuk ke kolej balik. Tapi kami agak rapat. Wiken Siti kerap datang bermalam kat rumah kami. Sepanjang mama kenal dia memang dia sihat walafiat. Takde sakit cuma sesekali tu demam perkara biasa.

Tetiba last week FB mama penuh dengan msg dari kawan-kawan menyampaikan berita yang Siti tengah menderita sakit lemah otot yang serius (mysthenia gravis stage 3). Mama dapat info ni agak lambat coz masa tu mama tengah bercuti. According to kawan-kawan yang dah melawat, keadaan siti agak kritikal. Siti admitted kat ICU HKL.

So hari ni mama, linda n arin (roommates kat UTM) berjanji untuk melawat siti kat ICU. Sebaik tiba kat ICU, nurse kat situ inform keadaan siti dah makin pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa dekat bangunan neurologi. So menapaklah kami ke sana. Sebaik tiba kat wad, nurse kat situ plak inform siti dah discharged...means that kesihatan siti makin pulih.

Dari HKL, kami buat keputusan untuk ke rumah siti di sentul. Sebelum pergi, sempat kami lunch bersama-sama. Kami bertiga adalah rakan sebilik masa kat universiti. Selepas belajar, masing-masing bawa haluan. Jumpa adalah sekali jer kot selepas zaman belajar. Sekarang masing-masing dah berkeluarga. Linda dah anak anak 3, arin plak baru sorang dan mama??? dua jer baru...hehehe. 

Disebabkan nak melawat kawan yang sakit, kami berpeluang jumpa. Terselit hikmah dekat situ. Bukanlah nak kata kami kena jumpa bila ada orang sakit jer. Tapi kalau hari-hari biasa susah nak setting time nak jumpa disebabkan masing-masing ada komitmen. In fact sebelum ni kami pernah merancang untuk mengadakan small gathering tapi terpaksa dibatalkan coz susah untuk mencari masa yang sesuai untuk menghimpunkan semua kawan-kawan.

Berbalik ke cerita siti, selepas lunch kami terus menuju ke rumah siti kat sentul. Alhamdulillah siti dah boleh bercakap dan bergerak dengan bantuan tongkat. Tapi keadaannya masih lemah. Belum mampu untuk berdiri lama-lama atau mengangkat barang. Mama doakan semoga kesihatan siti bertambah baik dan dapat menjaga anaknya yang masih kecil dengan sempurna.

Bila Tuhan nak tarik balik kurnia Dia kat kita, dalam sekelip mata jer. Harap-harap mama dikurniakan kesihatan yang baik-baik untuk menempuh hari mendatang. Semoga mama sentiasa sihat walafiat untuk membesarkan anak-anak. Aminnn.

Tuna Puff

Minggu ni adalah minggu malas. Mama masak guna bahan-bahan segera jer. Untuk breakfast pagi ni kami makan tuna puff jer. Cukuplah untuk mengalas perut sebelum tengahari. Tengahari nanti mama nak keluar melawat kawan kat ICU HKL. Rayyans mama tinggal kat pengasuh jer nanti.

Resepi Tuna Puff mama refer kat blog Ummi Zaihadi. Ummi buat sardin puff, mama tukor jadi tuna puff.

Bahan - bahan :
1 paket pastry puff (4x4 in) jenama Kawan
1 biji telor - dipukul sedikit


Bahan Inti :
1 tin kecil tuna
1 labu bawang besar - didadu
2 tangkai cili merah - dicincang halus
1 cm halia - tumbuk halus
1/3 batang lobak merah - dipotong/sagat halus memanjang
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit gula (0ptional)
garam secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis
sedikit minyak untuk tumis

Cara - cara :


Keluarkan pastry puff dan biarkan ia lembut dulu.
Hancur-hancurkan sardin dan ketepikan. (nak hancurkan masa memasak pun ok)
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili dan halia hingga naik bau.
Masukkan sardin dan kacau sambil dihancur-hancurkan.
Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Masukkan lobak dan perahan jus limau. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
Tutup api dan sejukkan sebentar.
Canaikan sedikit puff pastry dan letak inti. Tutup dan tekankan dengan hujung garfu hingga rapat.
Kelarkan puff dan sapu telor. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C (ikut oven masing2 dan biar panas betul) selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan di atas redai dan bolehlah minum petang ke pagi ke..hehe

Friday, January 6, 2012

Dinner @ Nasi Ayam Penyet

Malam ni kami sekeluarga makan malam kat restoran nasi ayam penyet kat sg buloh. Sesekali bawa Rayyans makan kat luar. Tapi alahai susahnya nak makan dengan tenang. Tapi nasib baiklah malam ni angah ikut sekali. Adalah baby sitter untuk gilir-gilir makan.

Belum apa-apa diorang dah buat hal. Waiter bagi menu untuk order, diorang buat main plak menu tu.

Ngam-ngam papa nak shoot gambar, Hazim plak angkat menu tutup muka. Dah mama syok sendiri sorang-sorang pose depan kamera.

Percubaan kali kedua berjaya itupun selepas angah pegang tangan Hazim. Cer tengok, berkilat ko meja makan tu. Boleh jadi cermin dah.

Waiter, order please. Saya dah lapar dah ni.

Haish..mana makanan kita ni. Dapat straw jer ni. Nak sedut apa ngan straw bujang ni?

Tunggu order sampai sambil memerhati kerenah anak-anak yang tak reti duduk diam. Habis satu restoran diorang tawaf 14 pusingan.

Our drinks..snow shake juice...colourful. From left : green apple (papa punya), mama punya lupa nama dia apa n orange (angah punya).

Hidangan kami malam ni...2 set ayam penyet, 1 set ikan keli penyet, pecal jawa n fries untuk Rayyans lupa nak snap gambar terus ngapp..

Ayam penyet with tempe goreng, tauhu goreng, kangkung rebus, ulam timun dan sambal belacan. Sambal belacan dia memang berapi...leleh air idung..

Set keli penyet pilihan angah. Side dish dia sama jer ngan ayam penyet. Penyanyi utama jer yang lain. Pecal dia memang sedap tapi pedas skitlah. Pedas-pedas manis gitu pastu siap ada keropok udang.

Haish..anak kura-kura yang melekap jer kat belakang mak kura. Cenggini la gaya bila dah beranak ni. Nak makan dengan emosi stabil memang payahlah. Tengah syok-syok makan anak panjat belakang suh jadi kete kuda. Bolehh??

Monday, January 2, 2012

Baby Kailan Ikan Masin


Mama goreng baby kailan goreng ikan masin ni diduetkan dengan ayam bakar. Memang matching sangat bila digandingkan dengan ayam bakar.

Resepi kailan ikan masin boleh refer kat blog Ummi Zaihadi.


Bahan - bahan :
2 ikat sayur baby kailan
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - potong serong
1 keping (3 x 3 inci) isi ikan talang kering - didadu halus2
1 sudu besar kicap masin
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara - cara :
Rendam sayur dengan air garam sebentar, cuci dan toskan. Kerat2 kepada 2 bahagian dan batangnya dipotong dan asingkan.

Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan isi ikan talang yang dadu halus tadi hingga agak garing.

Kemudian masukkan terus bawang besar, bawang putih dan cili dan kacau hingga naik bau.

Masukkan batang kailan terlebih dulu dan masak hingga lembut sikit dan tenyeh-tenyeh sikit isi ikan biar sedikit hancur.

Masukkan kicap dan akhir sekali masukkan sayur dan kacau balik sebentar. (x perlu letak garam sebab isi ikan dan kicap sudah secukup rasa, terpulang kalau nak letak sikit garam).

Masak sebentar (jgn layu sgt) dan angkat. Hidangkan.