Saturday, July 2, 2011

Fraser Hill : Day 1

Mama n papa bawa Rayyans bercuti ke Fraser Hill. Kenapa ke Fraser Hill? Kenapa tak ke tempat lain? Apa jer yang ada kat Fraser Hill tu? 
Pertama : sebab mama tak pernah sampai lg kesini. 
Kedua : mama nak bercuti untuk rehatkan badan n tenangkan fikiran. Kalau ke tempat lain maybe mama sibuk nak berjalan ke sana sini. Kat Fraser Hill ni tempat dia kecil n terhad.
Ketiga : Fraser Hill dekat. 3 jam drive dah sampai. Jd mama x perlu nak apply cuti. Cuti hujung minggu sudah memadai untuk ke sini.

sebelum bercuti, mama inform cikla psl plan ke Fraser Hill. Then cikla nak ikut serta..nak honeymoon katanya. Coz selepas kahwin cikla x sempat berhoneymoon..masing2 sibuk dengan komitment kerja. 

Excited sangat nak bercuti, pagi2 lagi mama dh bangun siapkan breakfast untuk Rayyans. Mama tak mau Rayyans meragam dalam perjalanan disebabkan perut kosong. Pg ni Rayyans breakfast dengan macaroni with mushroom soup. Cukupla untuk mengalas perut si kecil mama ni. After breakie, mama siapkan anak2 teruna mama ni...hensem rupanya Rayyans mama ni. Sementara tu, papa plak sibuk mengemas kereta..mengemas beg...kemas bakul susu...prepare bekal susu untuk Rayyans...Thanks papa coz banyak membantu mama.

Jam 9 pagi kami bertolak dari rumah. Mama dh janji untuk jumpa cikla dekat petronas station sebelum tol gombak. Kami akan ke Fraser Hill melalui jalan Karak. By 10 am, kami tiba kat gombak. cikla tiba terlebih dulu dr kami n siap2 breakfast kat Burger King. Then kami berkonvoi naik ke Fraser Hill.
Hensem boy mama yg excited nak berjalan2

At first, mama membayangkan jalan ke Fraser Hill macam jalan ke Cameron Highlands. tapi berbeza sama sekali. Kat Fraser Hill jalannya lebih berbengkang bengkok...yg membuatkan Rayyans termuntah dalam kereta. Mama sendiri pun ada rasa pening2 lalat.
co-pilot papa, Hadif yang terlena keletihan selepas muntah
Hazim plak setia disisi mama. Dua2 dh separuh bogel...seluar msg2 dh kotor terkena muntah

Kami tiba kat Fraser Hill jam 12 tengahari. Yang bestnya walaupun tengahari tak terasa panasnya sebab cuaca kat sini teramatla sejuk. Mama terus ke Puncak Inn untuk tempah bilik. Sekali receptionist cakap xde bilik kosong..Haaa tu la...dh tau nak berjalan ke sini xnak booking bilik awal2. Hati dah berdebar takut kene marah ngn papa. papa dh pesan suh booking awal2..tp mama degil coz ingat x ramai orang nk dtg sini. ye la...ni bukan time cuti sekolah.
Nasib mama baik...walaupun xde bilik kosong tapi ada apartment dua bilik yang available. Alhamdulillah...harga lg murah kalau dibandingkan jika kami sewa dua bilik. Sepanjang kat Fraser Hill ni kami akan stay kat Silverpark Apartment. 
tersenyum gumbira sbb dpt bilik

After register, kami teruskan perjalanan ke silverpark apartment yang terletak agak jauh dari Puncak Inn Hotel...(xdela jauh mana pun. 10 minit jer).
Inila apartment yg akan kami duduk. Bilik kami kene turun tangga..cm bilik bwh tanah plak

Wow..that was my 1st impression bila melangkah masuk ke dalam apartment. Biliknya cantik dan selesa dan luas. Worth it..

Ruang Tamu
Dapur
Master bedroom with toilet yg ade bath tub

Selepas check in kami relax2 kat bilik then baru keluar jalan2. Rayyans kene tukar persalinan coz baju dh kotor terkena muntah. Lepas mandi n tukar baju barula segar n aktif balik. So, bermula la aktiviti mengemas umah.
dah stat buka tutup peti sejuk
icetray dh dikeluarkan dari peti sejuk..dh jd mainan Rayyans
Rayyans try nak tolak meja tp x bergerak..sib baik bilik berkarpet..
sebelum keluar, pose kat bilik dulu

Pagi tadi mama cuma breakfast ngn karipap jer..bila dh tengahari mula la perut berkeriuk. So, kami keluar balik untuk mencari restoran bagi mengalas perut. Kami turun ke puncak inn dulu untuk aktiviti bergambar.
Rayyans happy sangat bila dapat jalan sindri
Hadif with cikla
Hadif with papa
Landmark Fraser Hill....tempat wajib amik gambar
papa yg x berjaya nk bergambar ngn anak2..sorg kehulu..sorg kehilir
akhirnya berjaya jugak snap pic of my 3 heroes..tp mata kelain plak pandangnya.
giliran mama plak bergambar ngn Rayyans..tengokla Hadif tu try nk melepaskan diri
Bila dh dapat kaki, sukar untuk mama merakam gambar Hadif..asyik nak bergerak jer
pose istimewa Hazim untuk mama. Rayyans memang suka main kat tangga...risau hati mama bila tengok kalian berdua turun naik tangga..mama risau Rayyans jatuh..mama risau Rayyans luka...mama risau Rayyans menangis kesakitan.
mama gembira bila tengok Rayyans gembira..bebas berjalan kesana sini. tp mama masih perlu memerhatikan Rayyans...walaupun kat sini jalan x sibuk tp bahaya tu tetap ada di mana-mana.
Rayyans menjerit marah bila mama dukung..bila mama x bagi Rayyans jalan sendiri. Bukan mama nak sekat kebebasan Rayyans...jika mama dukung Rayyans, maksudnya waktu tu boleh mengundang bahaya jika mama biarkan Rayyans berjalan sindri.
kita jalan2 kat taman bunga jer sayang yer...kat jalan tu banyak kereta...banyak bahayanya
keluarga kami...papa tido penat sangat kot drive
Dh penat jln, berehat sebentar dengan kit-kat
merakam kenangan di setiap penjuru Fraser Hill
sayang kalian semua
Dah penat bergambar barulah kami mencari tempat makan. Kat sini memang ada restoran, jd psl makan minum tidak akan menjadi masalah kepada kami. Untuk lunch, kami cuma bungkus nasi campur then balik makan kat apartment. Nak makan kat restoran x berapa selesa coz Rayyans takmo duduk diam. Petang kami cuma bermalas malasan kat hotel.. ditambah dengan cuaca yg sejuk serta gerimis membuatkan mata pun hampir layu.
keluarga bahagia. Ya Allah..lindungilah kami dari kejahatan...berila kebahagiaan kepada kami dunia & akhirat.
Pada sebelah malam, kami keluar untuk tengok pemandangan Fraser Hill dikala gelap. Sambil tu mencari2 tempat untuk dinner.
mama with Hazim..tengah menunggu oder nasi goreng kampung kami disiapkan. Papa plak ntah kemana bawa Hadif jalan2. 
Rupa-rupanya papa dh siap mengorder burger rusa..sedap gak rasanya. Mengikut kata penjual burger, daging burger rusa ni diorang buat sindri..bukan beli kat kedai. Kiranya rusa fresh la kot. Kat area restoran ni ada kedai souvenier. Sementara menunggu makanan, kami sempat pusing2 n beli souvenier untuk kawan2.
fridge magnet, souvenier untuk kawan2 mama
T-shirt untuk Rayyans

3 comments:

  1. iya la cik la nie..xleh nok letok namo nok wat rano..come2 gmbr masuk dale nie..hehe

    ReplyDelete