Tak sabar rasanya menunggu hari esok...hari kedatangan mek tersayang ke kuala lumpur. Walaupun kali ni mek datang sekejap sahaja, sudah cukup untuk melepaskan kerinduan terhadap mek tersayang.
Kali ni mek datang untuk menjemput cikla balik kampung. Cikla yang sedang berbadan dua mengalami alahan yang amat teruk. Jadi nenek akan bawa cikla balik kampung untuk berehat sepanjang bulan Ramadhan ni. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan menjaga cikla sepenuh masa. Kalau kat sini, uncle nasir sibuk dengan kerja...tak dapat nak memberi sepenuh perhatian menjaga cikla.
Mama plak bila tau nenek nak datang sini, bermacam-macam benda mama pesan kat nenek suruh bawa...terutamanya barang2 yang specially made in kelantan...of course la barang2 ni memang susah nak jumpa tak ada kat sini. Nak2 bulan puasa ni...tekak asyik nak makan makanan kelantan jer.
No comments:
Post a Comment