Friday, July 29, 2011

Lunch @ Restoran Ikan Laga

Isnin depan umat Islam akan menyambut bulan Ramdhan yang penuh kemuliaan. Sudah menjadi acara wajib setiap tahun, Mr B akan belanja kami makan tengahari sempena menyambut Ramadhan (puasa ntah kemana lagi..makan2 jer yg lebih makcik kan). 
Plan asal nak makan dekat restoran arabic food, sekali restoran tu tutup la pulak. Jadinya, Restoran Ikan Laga menjadi pilihan kami disebabkan makanannya memang dah ready made. Jadi Mr B tak perlu nak menunggu lama untuk solat jumaat. 
Kami semua order menu set..masing-masing ikut selera sendiri nak makan apa. Lagi senang, tak perlu nak gaduh-gaduh pasal makanan nanti. Restoran ikan laga specialty in masak asam pedas, asam tempoyak dan ikan bakar.
Antara makanan yang kami order adalah patin masak tempoyak, tenggiri masak asam pedas, ikan merah masak asam pedas, ayam goreng halia, telur dadar, kangkung goreng belacan dan ulam-ulaman. Mama plak oder asam pedas ikan cencaru..my feveret ikan..
Makanan not bad..boleh la diterima tekak. Nak kata sedap sangat tu takdela..sedap lagi asam pedas yang mama jue masak. 
Acara wajib time makan-makan semestinya posing..sampai senget-senget mastura tu ha semata-mata nak masuk gambar..
Yang pasti, bila makanan yang diorder sampai, kami semua makan dengan senang hati (kecuali nurul eldiani yang sibuk main handfon). 
Masing-masing makan dengan pantas sekali sebabnya berkejar nak ke metrojaya sales kat stadium malawati. Mr B plak bila tau kami nak bershopping selepas lunch, siap pesan 'jangan sampai tak masuk opis sudahh'. Terima kasih diucapkan kat Mr B for this treat. Insyaallah petang ni kami cuba masuk awal yer..hehehhe

3 comments:

  1. hahahks..tggu mggu dpn lgik x hengat dunia belek hp :)

    ReplyDelete
  2. huh..iphone la tuh..bak sini satu

    ReplyDelete
  3. pipi mama jue demok sebelah...oh x cun la mcm nie...

    ReplyDelete