Saturday, July 9, 2011

Rayyans @ 23 Months Old

Entry mama kali ni nak fokus dekat Rayyans yang dah pandai bercakap.
'Ikumm'....at first mama x realised apa yang Rayyans sebut tu adalah satu perkataan..rupanya anak mama sebut 'assalamualaikum'....sekarang Rayyans dah tau..bila pergi rumah seseorang kene bg salam coz setiap pagi bila mama hantar Rayyans kat umah pengasuh, mama akan bg salam. Dari situla Rayyans belajar untuk memberi salam. Bila petang mama ambik Rayyans, Rayyans akan cium tangan pengasuh n cakap 'bye'.

Rayyans juga dah pandai ucap 'macih'...setiap kali mama menyuruh Rayyans berbuat sesuatu, mama akan mengucapkan terima kasih. Jika Rayyans mengemas balik mainan, mama akan ucap terima kasih. Selepas minum susu, mama akan ajar Rayyans letak botol atas meja n mama ucap terima kasih....now, bila mama bagi susu kat Rayyans..Rayyans plak akan cakap 'macih' kat mama balik.

Mama selalu ucapkan 'i love u' kat Rayyans..jika sebelum Rayyans pandai bercakap, mama akan ajar Rayyans utk sebut ' i love u too mama'....now jika mama sebut 'i love u', Rayyans akan sambung..'lev u'.... 

sebelum tidur, mama biasakan Rayyans cium tangan mama dulu, n mama akan cium dahi n pipi Rayyans then wish gud nite. Sekarang, sebelum mama hulurkan tangan, Rayyans terlebih dulu akan cakap, mamaaa..aminnnn (nak salam)..lepas amin, Rayyans dah pandai sebut 'nite'..

pernah sekali, kaki Hazim luka n berparut. Hadif plak sibuk2 dok garu kaki Hazim..spontan Hazim tolak Hadif dan cakap 'akitlaaaaa'....Uish..Rayyans dah pandai gabung perkataan 'lah'..antaranya....'tepilah'...'anganlah'...'analah'..

tp...bende paling mama x suka bila Rayyans dah makin besar ni...makin susah untuk peluk Rayyans..bila dipeluk jer mesti berusaha sekuat hati untuk melepaskan diri..kalau boleh mama nak peluk Rayyans sampai bila2....   

No comments:

Post a Comment