Tiada apa2 aktiviti hujung minggu yang mama nak update. Kami sekeluarga tak kemana-mana. Cuma menghabiskan cuti hujung minggu bersama anak-anak. Papa mengusulkan beriadah kat taman tasik perdana, tapi kesihatan mama tak berapa mengizinkan. Jadi kami cuma berehat di rumah dan meluangkan masa melayan kerenah anak-anak manja kami.
Perkembangan terbaru Rayyans : suka pose senget bila mama nak amik gambar diorang. Kalau sebelum ni dengan gaya peace, kali ni 'style senget' pula.
Tak kisah la walau dalam apa jua bentuk dan posisi Rayyans bergambar, anak-anak mama tetap lelaki paling hensem di mata & hati mama. Luv u both...n papa too..
No comments:
Post a Comment