Wednesday, July 20, 2011

Sya'ban Bakal Melabuhkan Tirai..Ramadhan Bakal Menjelma

Tertarik mama dgn perumpaan ini : 

Nama saya Sya'ban, Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar (berbuka puasa). Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines. Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat....

Tak sabar rasanya menunggu Ramadhan kali ini. Lagi 12 hari jer kita nak menyambut Ramadhan...kejap jer kan..pejam celik pejam celik dah nak puasa balik. Kalau 2 tahun yang lepas, seminggu sebelum Ramadhan mama menyambut kelahiran anak kembar kesayangan, Hazim Rayyan & Hadif Rayyan. Sepanjang Ramadhan 2009 mama tak dapat menunaikan ibadah puasa kerana berpantang. 

Tahun ni mama berazam untuk puasa penuh (dapat ke?) sementelah haid mama tak berapa nak betul..kejap ada kejap takde. Harap2 bulan Ramadhan ni turn 'kejap takde' la kan....Mama juga berazam untuk khatam Quran. Sejak jadi ibu ni, dah lama sangat mama tak pegang Quran..kalau mengaji pun cuma setakat baca surah Yasin (terukkan?). Hajat di hati gak nak menunaikan terawih kat masjid..tp sendiri tau memang takkan dapat la kan. Rayyans nak tinggal mana? Jadi mama akan usahakan untuk berterawih kat rumah saja..Insyaallah jika diizinkan.

Birthday Rayyans tahun ni jatuh pada 8 Ramadhan...jadi sudah semestinya takkan ada majlis birthday party glam gitu. Mama cuma plan untuk beli kek dan celebrate with our family jer. Maybe after raya papa plan nak wat majlis kat kampung..jemput anak-anak jiran kat kampung. Insyaallah...Hadiah apa nak bagi kat Rayyans ekk? Mama dah berpikir2 nak beli tricycle..bergantung kepada bajet..coz kalau nk beli of course la kene beli 2 ketul ye dak? Ni tricycle yang mama tgh usha skrg ni..

No comments:

Post a Comment