I'm wonder, adakah mak2 yang ada anak kembar melalui pengalaman yang sama seperti mama lalui setiap hari. Bukanla nak mengeluh, tapi kadang2 bila kita dalam kepenatan ditambah dengan kerenah anak2 yang macam2 bleh buat hati hilang sabar. Bila balik rumah selepas kerja dah takde langsung masa untuk berehat even sekejap. Rayyans makin besar...makin kuat gaduh..makin kuat berebut. Salah sorang yang kalah plak akan menjerit sekuat hati. Dah takde suasana yang tenang dan sunyi di kala maghrib.
Bila ambil dari umah pengasuh, Rayyans menjerit2 tak nak masuk rumah. Nak jalan2 kat luar dulu. Kadang kami terpaksa 'memaksa' Rayyans masuk rumah (time tu memang menggelepar tak nak masuk..siap goncang pagar nak keluar rumah). Letak Rayyans dalam rumah then terus kunci pintu. Rayyans plak dah pandai pusing tombol pintu (Mama tengah berkira2 untuk pasang selak yang lebih tinggi kat pintu masuk tu).
Bila masuk rumah pulak, menjerit2 nak naik tingkat atas (tangga dah dipagar). Bukanla mama ni menyekat kebebasan Rayyans, tp kat tingkat atas terlalu banyak barang..yang boleh mendatangkan bahaya untuk Rayyans. Lagi satu, mama risau takut Rayyans jatuh tangga. Kemalangan ni tak dapat diduga bila akan jadi. So, langkah berjaga2 perlu diambil. Lebih baik diorang menangis daripada patah sana sini kan? Sudahnya, mama sekarang tak dapat nk mandi kat tingkat atas dah. Terpaksa bawak turun barang2 mandi kat tingkat bawah. Kalau nak mandi kat tingkat atas jugak, kene tunggu Rayyans tido dulu..bermakna jam 11 malam la baru dapat mandi. Tu tak kira time nak solat lagi, menjerit2 nak ikut solat sama. Kadang2 bleh buat hilang kusyuk time solat.
Waktu makan pun sma...sekarang me & hubby kena makan siap2 kat luar sebelum balik rumah. Kalau makan kat rumah, jawabnya makanan ntah kemana..emosi yang lebih nanti. Kalau mkn kat rumah plak, kami kene gilir2 makan. Kalau makan bersama berdua, Rayyans akan menjerit2 nak pinggan mangkuk jugak. Sejak ada anak, masa mama & papa untuk berduaan amat terhad sekali. Makanpun sorang2 jer kat dapur :(
Stop about keluh kesah...story about perkembangan Rayyans plak. Rayyans dah mula pick up new things..Lately, mama noticed Hadif suka menari bila dengar lagu. Paling tak pun, gerak-gerakkan hujung kaki ikut lagu tu. So skrg, mama akan cari channel yang ada lagu untuk bagi diorang senyap (even senyap sekejap pun jadila). One more thing, Rayyans suka tengok iklan kat tv. Especially iklan samsung yang ada ayam tu, terus diorang buat bunyi ayam. Lagi satu iklan ribena yang ade org nyanyi2 tu...tengah gaduh pun boleh stop layan iklan dulu.
Rayyans pun dah faham bila kene marah...especially Hazim yang akan menangis berjuraian air mata bila mama tinggi suara. Hadif plak just tutup mata n intai tengok mama, kot2 mama masih muka marah or not (macamla mama tak nampak mata dia tu kan?).
Rayyans pun dah faham bila kene marah...especially Hazim yang akan menangis berjuraian air mata bila mama tinggi suara. Hadif plak just tutup mata n intai tengok mama, kot2 mama masih muka marah or not (macamla mama tak nampak mata dia tu kan?).
No comments:
Post a Comment