On da way back dari tangkuban perahu kami singgah di Wisata Air Panas Alam Sari Ater. Sari ater ni sebuah taman rekreasi kolam air panas semulajadi.
Bila hujung minggu taman ni menjadi tempat tumpuan orang ramai. Nak masuk kenmain panjang kereta beratur. Actually beratur nak beli tiket masuk.
Tiket masuk berharga rp22000 bersamaan dengan rm7 lebih kurang.
Masuk2 jer terus jumpa gerai jualan. Kebanyakkan jual makanan. Ada gak yang jual souvenier macam keychain dan fridge magnet.
Mama tertarik dengan dodol yang pelbagai perisa dan warna ni. Dodol perisa melon, nenas, susu pandan, susu coklat.. canggih betul dodol diorang ni. Rasanya kat malaysia belum ada lagi dodol perisa macam ni.
Pelbagai makanan tradisi indonesia ada dijual. Mama jue sempat beli tempe goreng. Makan panas2 sedap juga.
Tauhu sedang digoreng.
Lepas jumpa gerai2 makanan ni barulah kami jumpa kolam air panas. Kolam kecik yang ada air pancut kat tengah tu la punca air panas. Memang panas airnya. Mama tak mampu nak celup kaki kat dalam tu.
Kami cuma mampu celup kaki dalam air kolam yang belah luar jer. Air ni suam sikit sebab dah di campur dengan air sejuk. Yang jadi masalah plak dasar kolam belah luar ni diletak batu2 refleksologi. Seksa koo nak berjalan atas batu tu.
Tak sampai lima minit celup kaki, hujan turun selebat lebatnya. Sepantas kilat, ada yang menghulur payung kat kami. Tapi bukan hulur sesaja ye..sewa payung sebatang rp10000. Satu perkara yang mama belajar kat sini, everything ada harganya.
Bila dah hujan kami takdelah nak berlengah2 lepak sini lagi. Teruslah berlari cari pintu keluar.
No comments:
Post a Comment