Akhirnya tiba la ke hari terakhir di indonesia. Kalau ikut hati belum puas menjelajah bumi jakarta.
Tetapi separuh hati lagi sudah tidak tertahan merindui insan2 tersayang kat malaysia.
Sebagai permulaan hari, haruslah mengisi perut dahulu. Tenaga perlu di recharged sebab hari ni ada lagi program yang dirancang.
Menu breakfast di hotel rivier walaupun simple tapi sedap dan mengenyangkan.
Mama jue, teman yang setia menemaniku sepanjang 4 hari 3 malam di bumi indonesia.
Selepas breakfast kami terus check out. Kalau ikutkan program hari ni kami akan ke tanah abang.
Tetapi setelah di tolak tambah bahagi darab, kami kensel program ke tanah abang. Sebabnya kesuntukan masa.
Sebelum ke destinasi seterusnya, kami berkesempatan bergambar bersama dengan kesemua peserta rombongan.
No comments:
Post a Comment