Sepanjang kat kelantan ni kami akan stay kat hotel habib kota bharu. Mama pilih hotel habib ni sebab dekat dengan stadium sultan muhammad iv. Malam esok papa just jalan kaki jer nak ke stadium. Tak perlu nak fikir2 pasal parking.
Lokasi hotel adalah berdepan dengan mahkamah majistret kota bharu. Tak susahlah nak mencari dengan bantuan waze. Hahahah... jangan tak tau walaupun mama orang kelantan tapi fail pasal jalan kat kelantan ni.
Sebelah hotel ada kedai emas habib jewels. Owner hotel n kedai emas ni orang yang sama. Cumanya kat sini takde parking untuk hotel guest. Ada public parking tapi kena bayar.
Kami kena saman tau walaupun hari sabtu. Turun pukul 9 pagi dah ada surat cinta dari majlis perbandaran kota bharu. Kalau bayar saman pada hari yang sama cuma rm5 jer. Tempat nak bayar plak cuma berdepan jer ngan hotel.
Kami dapat bilik kat tingkat dua. Bagi parents yang ada anak kecik dan nakal macam kami kena hati2. Lif agak seksi takde pintu. Pintu yang ada sebenarnya pintu masuk ke lif kat setiap level. Bila lif tu jalan, kita boleh pegang dinding setiap level. Kena pastikan anak2 tidak memegang dinding takut tersekat. Lif ni macam bahaya sikit la.
Ini bilik kami. Mama booked dua bilik untuk 2 malam. Satu malam harganya rm180. Bilik kami ni paling hujung. Kiranya kat corner lot. Kalau dari luar, bilik kami kat atas signboard nama hotel habib.
Katil agak besar, macam saiz king. Actually masa booked kami minta 2 single bed tapi dah fully booked. Agaknya ramai orang dok sini sebab nak tengok bola.
Biliknya juga agak luas. Selesa untuk anak2 bermain. Tanda kiblat dan sejadah disediakan oleh pihak hotel. So no worries about that.
Kalau tetiba rasa lapar, kat bawah ada kedai makan. Waktu pagi ada jual nasi berlauk, nasi kerabu. Nasi berlauk gulai ikan tenggiri dia sedap gila. Tengahari plak nasi campur. Then malam jual masakan thai.
Ada wifi dalam bilik tapi signal tak kuat. Asyik disconnected jer. Kalau nak guna internet, kat lobi dan restoran baru kuat signalnya. Pastu dalam bilik ada satu kekurangan. Peti ais yillek.
Toilet bersih. Dalam toilet ada tingkap. Kot2 nak rasa angin sepoi2 bahasa bolehlah buka tingkap semasa melepaskan hajat. Tapi hati2 kot2 ada yang meneropong. Karang kluar cd terlampau plak kang.
Ini plak bilik nenek dan paksu mat. Nenek baik punya landing kat atas katil. Bilik nenek dan bilik kami agak jauh. Tak dapekk nak dok sebelah2 sebab last minit booking. Redha jer la janji ada bilik.
Hari pertama kami tak kemana2. Belah petang masing2 bantai tidur. Lagipun kami check in dulu. Then maghrib baru nenek sampai sebab kat rumah kampung buat majlis makan2 sempena maulidur rasul.
Belah malam mula tu plan nak gi wakaf che yeh. Pastu hujan pulak. Terus kensel plan. So kami just lepak kat bilik sembang anak beranak. The next morningnya breakfast kat hotel jer.
No comments:
Post a Comment