Mencabar betul kali ni nak renew pasport. Mula2 pergi kat jabatan imegresen putrajaya. Sampai sana pukul 9 pagi tapi nombor giliran dah habis. Entah dari pukul berapa la orang2 ni beratur ambil no giliran.
Pegawai imegresen tu suruh datang hari ahad pula. Tapi mama macam tak sedap hati. Risau nombor giliran habis lagi. Kat sini buka separuh hari jer. Jadi bilangan nombor giliran yang dikeluarkan agak terhad.
Mama pulak cuma ada wiken ni jer masa untuk renew passport. Coz wiken depan dah nak outstation. Kusut fikiran mikirkannya. Tetiba teringat tilah cakap kat utc buka sampai pukul 10 malam. Mama dah la tak tahu utc tu apa..kat mana..
Maka waze jer la penyelamat dikala kekusutan. Bila sampai kat utc.. lorrrrr.. puduraya rupanya. Terkejut tengok transformation puduraya sekarang ni. Dah cantik. Dari sebuah terminal bas berubah menjadi Pusat Transformasi Bandar.
Pusat transformasi bandar atau urban transformation centre (UTC). Jabatan imegresen terletak kat tingkat 2. Selain jabatan imegresen ada jabatan pendaftaran, lhdn dan beberapa lagi jabatan kerajaan. Memang memudahkan urusan.
Kami sampai kat utc pukul 11 pagi. Bila ambil no giliran, turn mama dijangkakan pukul 4 petang. Ada 300 nombor lagi sebelum mama. Humangaihh... ramai gila orang nak gi obersea. Tu tandanya orang malaysia ni kaya2 belaka.
Kusut lagi mikirkan. Lagi 5 jam nak tunggu. Tu pun kalau turn dapat pukul 4 petang. Kalau lagi lambat?? Kalau mama sorang jer tak kisah sangat nak menunggu. Tapi ni rayyans ada skali. Mau lunyai nak melayan diorang sampai petang kat sini.
Nak balik shah alam terasa macam jauh gila. Pastu bercinta nak mengadap jem masuk kl balik. Setelah ditimbang dihitung makanya mama n papa sepakat untuk check in hotel. Sekurang kurangnya kami dapat relax2.
Kat dalam utc ni ada satu hotel. Tapi mama dah lupa apa nama dia. Untuk check in kena tunggu pukul 2 plak. Pastu saja2 jalan area luar pudu ni. Masuk hotel citin, sekali boleh check in pukul 11. Maka bercutilah kami kat kl wiken ni.
Berbalik kepada tujuan asal mama iaitu nak renew passport. Pukul 3.30 mama dah turun dari hotel. Risau takut terlepas nombor. Kali ni mama gi sorang jer. Papa n rayyans dok tidur dalam bilik.
Last2 pukul 5 petang barulah nombor mama dipanggil. Tetiba chip ic plak xleh baca. Huhuhu dugaan apakah ini. Mama kena gi renew ic dulu. Nasib baiklah jpn berdepan jer ngan imegresen.
Another penantian plak kat jpn ni. Nasib baiklah tak lama sangat. Setengah jam menunggu akhirnya mama setel buat ic baru. Tapi ic betul tak dapat terus. Dapat ic sementara jer. Ic baru kena collect pagi esok.
Dengan ic sementara tu la mama akhirnya berjaya renew pasport. Pukul 7 malam barulah semua urusan selesai. Still pasport tak boleh dapat hari ni jugak sebab mesin cetak ada problem. Kena datang balik hari isnin selepas 5 petang untuk collect passport.
Sebenarnya bila difikir balik ada hikmahnya mama datang utc ni. Cuba bayangkan kalau ahad tu mama gi putrajaya pastu chip ic xleh baca. Kena gi renew ic yang entah mana2 plak lokasinya. Confirm tak setel urusan pasport on that day.
Untungnya bila datang utc sebab operation hours sampai pukul 10 malam. Pastu jika ic bermasalah, jpn hanya beberapa langkah sahaja dari imegresen. Hikmah paling besar adalah kami dapat melancong ke kl..
No comments:
Post a Comment