Setibanya kami kat bandung, kami terus di bawa ke jalan setiabudhi. Tempat di mana terletaknya beberapa factory outlet yang terkemuka. Mengikut kata wahyu, tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong malaysia untuk bershopping.
Outlet pertama yang kami terjah adalah fashion world. Nampak tak van yang bertulis pariwisata tu..maksudnya van pelancongan. Memang bersepah2 orang malaysia dok shopping kat sini.
Outlet fashion world ni dirasmikan oleh miss universe leila lopes bukan adik jennifer lopez dan putri indonesia 2011 maria selena juga bukan adik beradik selena gomez.
Takde apa pun yang dibeli kat sini. Baju2 nya sesuai untuk orang yang bersaiz kecil. Tak banyak pilihan untuk orang bersaiz besar macam mama. Dari segi harga pula macam tak jauh beza dengan jusco jerk.
Kat depan fashion world ada ramai penjaja yang dok ikut2 kami. Merasakan harga yang ditawarkan murah, Mama n mama jue terbeli la fridge magnet ni dengan harga rp50000 untuk 2 paket. Tapi bila pergi ke toko 3, ahli rombongan yang lain dapat 4 paket dengan harga rp50000 tu. Huhuhuhu...kami dah rugi disitu. Bak kata mama jue, takpelah kita niat bersedekah kat depa.
Factory2 outlet kat sini lebih kurang macam JPO kat johor nun. Tapi JPO lebih tersusun dan teratur. Persekitaran JPO pun lebih bersih banding bandung. Jalan sini agak lecak lebih2 lagi cuaca asyik hujan aje.
Next kami ke rumah mode. Rumah mode ni memang femes dikalangan pelancong malaysia. Wahyu beritahu kami bila hujung minggu ramai orang2 kaya dari jakarta naik ke bandung untuk bershopping.
Kat dalam rumah mode ni memang terlalu ramai manusia. Sampaikan nak memilih barang pun agak sukar sebab terlalu banyak tangan yang dok membelek.
Kain baju kat sini memang boleh tahan juga design nya. Harga pun agak berpatutan. Cumanya kami hanya diberi masa selama satu jam untuk bershopping. Jadi tak dapatlah nak membelek lama2.
Mama sempat beli sehelai blouse yang berharga lebih kurang rm35. Esoknya terus pakai baju ni gi tangkuban parahu. Blouse ni didatangkan dengan selendang sekali.
Dari siang membawa ke malam kami bershopping. Tu pun macam tak puas lagi sebab tak cukup masa. Tak boleh nak berlama2 kat satu2 outlet tu. Mama n mama jue menjadi orang yang paling lambat keluar sehinggakan yani terpaksa mencari kitorang kat dalam outlet ni.
Kemudian kami dibawa pula ke outlet yang bernama heritage. Bangunan heritage ni memang unik dan klasik. Padanlah dengan nama heritage, tinggalan sejarah zaman kolonial barangkali. *pict from google*
Kat sini mama belikan 4 helai kemeja untuk rayyans harga lebih kurang rm20 setiap satu. Serta 2 helai tshirt untuk papa yang berharga +-rm30 setiap satu. Kualiti kain tshirt ni boleh tahan gak.
Keesokkan harinya kami dibawa ke toko 3, syurga pakaian berasaskan jeans. Macam2 koleksi jeans ada kat sini dan yang lebih penting harganya adalah murah. *pict from google*
Keesokkan harinya kami dibawa ke toko 3, syurga pakaian berasaskan jeans. Macam2 koleksi jeans ada kat sini dan yang lebih penting harganya adalah murah. *pict from google*
Mama sempat rembat dua helai jeans untuk diri sendiri. Memang selesa jeans ni bila dipakai. Nasiblah cuma ada 2 kaler ni jer untuk saiz mama. Kalau ada kaler lain lagi mau mama angkut selai setiap kaler.
Jeans ni ngam2 ngan kaki mama yang gemuk pendek ni. Bukan senang tau nak cari seluar yang ngam2 dengan saiz badan mama yang gebus ni.
No comments:
Post a Comment