Saturday, January 18, 2014

Kota Bharu : Nasi Ulam Cikgu

Kalau ke kg kraftangan tak sah kalau tak singgah pekena nasi ulam cikgu. Restoran ni terletak kat tepi pagar kg kraftangan.


Restoran ni milik seorang cikgu pencen kalau tak silap mama. Kat kb ni memang femes sangatlah menu nasi ulam.

Pelbagai jenis ulaman ada. Dari yang berdaun hinggalah ke petai dan jering. Ulam ulaman ni memang disajikan segar. Sapa peminat ulam sudah pasti bersorak keriangan.

Bila ada ulam kenalah ada bahan pencicahnya. Tidak lain mestilah budu, makanan tradisi kelantan. Budu dah tersedia atas meja. Terpulang pada pelanggan nak menggayakannya. Samada letak cili, tempoyak, limau nipis atau mangga muda. Tepuk data tanya selera.

Untuk lauk pula tak banyak pilihan. Konsep dia lauk bergoreng garing kriuk kriuk. Ada ikan keli, ayam kampung dan beberapa jenis ikan lagi yang digoreng panas2. Pastu ada sayur lemak dan gulai tempoyak. 

Inilah pilihan lauk lunch kami. Berpeluh2 makan ditambah dengan cuaca yang agak panas. Air tu adalah sirap selasih dan bandung selasih. Air tu memang dah disediakan dalam jug. So bila datang just amik jer brapa jug yang kita nak.

Sesekali berpeluang makan makanan kampung boleh buat lupa diri. Yang paling marvellous, total bil kami makan cuma 40 ringgit. Berbaloi baloi...

2 comments:

  1. sedapnya kak....mmg kalau g kb pun mesti lunch kt sini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda..kak ni namo jah oghe klate tp ni la baru 1st time makan sini. Kena la dgn selera kg kita gak mkn sini.

      Delete