Lama betul perjalanan ke jakarta hari ni. Rasa macam perjalanan nak balik ke kelantan. Tapi ianya berbaloi bila pemandangan sepanjang perjalanan tu amatlah indah.
Setibanya di jakarta pada pukul 9 malam kami terus dibawa ke warung tekko untuk dinner. Meriah betul restoran ni dengan hiasan lampu. Ni view kat tingkat atas.
Restoran ni berkonsepkan kayu kayan. Dekorasi dalam restoran dilengkapi dengan meja kayu dan bangku panjang. Macam bangku kat kantin sekolah. Wifi ada disediakan ya.
Kat sini menu specialnya adalah ayam penyet. Bila kami semua dah mengambil tempat duduk masing2, pelayan yang beruniform serba hitam mula menghantar lauk satu persatu.
Set ayam penyet. Cili giling tu nampak jer merah tapi tak pedas sangat. Mama boleh makan. Siap kena mintak tambah cili giling ni. Diorang ni semua kaki makan pedas.
Cuba teka ni apa? At first mama ingatkan ni telur dadar. Tapi rupanya ni adalah lempeng. Hmmm... kat sini lempeng dijadikan lauk untuk dimakan dengan nasi.
Kubis, cendawan dan kacang panjang digoreng bersambal.
Kangkung belacan.
Sup suhun. Ada lagi 2 jenis makanan yang tak sempat nak amik gambar sebab time tu mulut dah sibuk mengunyah. Ada lauk ikan masak cili dan sayur celup tepung. Ala2 cokodok tapi rangup. Sedap tau.
Kenmain ceria muka masing2 lepas makan. Barulah kembali bertenaga selepas perut kenyang.
Then sempat lagi tawar menawat tshirt jakarta kat depan pintu restoran. Rasanya depa dapat 6 pieces for rp100000. Lepas tu barulah kami check in hotel kat kotaraya jakarta.
No comments:
Post a Comment