Monday, January 13, 2014

Bandung : Mitra Sederhana Pasteur

Dari pagi sampai ke tengahari kami dok bershopping kat pasar baru. Dah habis shopping baru terasa perut lapar. Maklumlah pagi tadi makan tak berapa nak concentrate sebab terlambat bangun.

Lunch terakhir di bandung kami di bawa ke restoran mitra sederhana pasteur. Restoran ni menyajikan masakan minang.

Limpahan lauk pauk atas meja kami. Ada kari ayam, telur dadar, cili ijo yang sedap giloss, pucuk ubi rebus, masak lemak pucuk ubi, ayam goreng dan gulai nangka.

Selain lauk2 tu ada jugak satay. Tapi mama tak pasti satay daging atau satay arnab. Kat bandung ni memang femes dengan satay arnab. Kuah satay kat sini pelik sikit. Diorang makan dengan kuah lemak bukan kuah kacang macam kat malaysia.

Bila perut dah kenyang hati pun senang. So far pasal makanan mama takde apa nak dirungutkan. Everything sedap kat tekak mama. 

Selepas lunch kami singgah kat kedai ole ole kartika sari. 

Kartika sari terkenal dengan produk browniesnya. Macam2 perisa brownies ada. Selain tu, pelbagai jenis dessert ada juga. 

Antara makanan ringan dan keropok yang dijual. Nasiblah masa ni baru lepas makan. Kalau datang time perut lapar memang boleh buat tipis iman.

Mama cuma beli keropok kulit lembu ni jer. Tu pun sebab ciknik yang kirim. Entah dari mana ciknik dapat info pasal keropok kulit lembu ni. Dah habis membeli kat kartika sari kami meneruskan perjalanan ke jakarta pula. 

1 comment:

  1. Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

    A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


    Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 24th nov 2014 & 2 dec 2014

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    Place order or grab our limited supply now.

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    Http://mamarxstorymory.wordpress.com

    ReplyDelete