Bagi mengisi baki masa yang ada sebelum ke airport, kami dibawa ke thamrin city.
Thamrin city ni adalah sebuah shopping mall la. Kat tempat mama berdiri ni kuat sangat berangin.
Kat dalamnya banyak kedai yang jual kain baju dan batik indonesia. Yang penting harganya murah2.
Kemeja yang mama jue pegang ni boleh dapat harga rp100000 untuk 3 helai ya. Kiranya harga rm10 untuk sehelai baju.
Kain yang kat patung ni adalah batik sutera asli. Harganya mencecah rm 1k tau. Kainnya memang lembut.
Nasiblah poket dah kempis. Kalau tak memang shopping sakan la kat sini. Especially banyak blouse2 yang sesuai dipakai ke ofis.
Selepas sejam menjamu mata kat thamrin city, kami dibawa lunch kat restoran simpang raya.
Perut harus diisi terlebih dahulu. Lepas ni kami akan terus ke airport untuk penerbangan pulang ke malaysia.
Buat kali terakhir merasa masakan padang. Lepas ni entah bila lagi berkesempatan ke sini lagi.
No comments:
Post a Comment