Jika dari jakarta ke bandung kami ikut highway, dari bandung ke jakarta pula kami ikut jalan kampung. Perjalanan ikut highway cuma makan masa 3 jam tapi ikut jalan kampung makan masa hampir 6 jam.
Setelah separuh perjalanan wahyu berhenti dekat satu tempat macam hentian rehat. Mama tak tau nama tempat tu apa. Masing2 tangki dah penuh jadi kenalah berhenti cari toilet.
Dari luar hentian ni nampak biasa2 sahaja. Toilet terletak kat sebelah belakang. Bila kami jalan ke belakang untuk masuk toilet, masyaallah.. kami terpegun dengan pemandangan yang terbentang depan mata kami.
Pertama kali melihat padi teres. Subhanallah, betapa sempurnanya kanvas ciptaan Allah. Betapa redup mata memandang. Sejuk jer rasa.
Pemandangan yang cukup sempurna ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran sebatang sungai di depan teres ini.
Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Sekali lagi kami dipertemukan dengan pemandangan yang indah iaitu di punchak bogor.
Punchak bogor ni ala ala cameron highlands. Bezanya kat sini kabus lagi tebal dan lagi sejuk, menusuk ke tulang sejuknya.
Cubaan membuat love yang tak berapa menjadi. Yang pasti, hati kami telah jatuh cinta di punchak bogor.
Kat belakang mama jue adalah ladang teh. Tapi sayang, tak dapat nak trekking dalam ladang teh sebab hari sudah gelap.
Sedikit ralat sebab sampai kat sini agak lewat. Kalau hari masih siang, confirm pemandangan lebih cantik dengan bukit bukau yang menghijau menjadi latarbelakang.
Walauapapun, mama tetap bersyukur diberi peluang menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Sebelum meneruskan perjalanan, sempat beli jagung bakar untuk alas perut. Nikmatnya makan sesuatu yang panas di dalam cuaca yang sejuk.
In sha Allah jika diberi peluang, mama ingin ke sini lagi. Sebolehnya nak datang masa hari masih siang. Barulah dapat menikmati keindahan alam ini.
No comments:
Post a Comment