Thursday, October 27, 2011

Rayyans Check Up @ 27 Months

Pagi ni mama dan papa bawak Rayyans ke Klinik Puncak Alam untuk check up 27 bulan. Takde major check up pun, just timbang berat saje. Dua-dua ade peningkatan berat berbanding 3 bulan lepas. Dua-dua naik 1.5 kg. Berat Hadif sekarang 12.5 kg. Hazim plak 11.5 kg. Si abang memang kecil berbanding si adik..plus si adik lebih kuat makan banding si abang. Tapi dua-dua still dalam normal graf jika diikutkan umur diorang..Alhamdulillah...


Yang bestnya statement dari one of the nurse 'akak tak boleh beranak lagi buat masa sekarang..kalau beranak gak memang lembik lah nak melayan baby baru plus dengan si kembar ni'...punca nurse tu cakap camtu sebab Rayyans terlalu aktif masa kat klinik..panjat sana..panjat sini..dok melompat sana sini...menjerit...waaaaa......fenatt mama kejar korang tau...notty ni anak-anak mama...

Hadif @ 12.5 kg

Hazim @ 11.5 kg

Wednesday, October 26, 2011

Aiskrim Bandung

Petang semalam mama ngan mama jue meround kat mekoda...terjumpalah bekas aiskrim kiut nih. Memandangkan Rayyans tengah gila makan aiskrim ni, mama semangatlah nak buat asikrim sendiri. 


Ni kira 1st trial la..buat pun yang simple jer..just bancuh air bandung kemudian tuang dalam bekas aiskrim tu..kena simpan kat tempat sejuk beku sekurang-kurangnya 1 malam untuk memastikan aiskrim tu betul-betul keras.


Rayyans memang suka sangatlah makan aiskrim n kunyah ais batu sekarang ni. Naik risau takut diorang batuk. So hari ni kenmain suka lagi bila mama keluarkan aiskrim bandung ni. Tujuan mama supaya Rayyans tak tergoda ngan aiskrim mat kool yang lalu kat depan rumah lagi. Tapi malangnya plan mama tak jalan..bila aiskrim mat kool lalu kat depan umah petang ni Rayyans still meragam suh beli aiskrim gak...

Sambal Udang Dengan Tempe

Sekarang ni bila cuti mama kena merajinkan diri untuk memasak. Keadaan tak sesuai untuk makan kat luar memandangkan Rayyans tengah aktif sekarang ni. Wiken lepas papa ada beli udang tapi mama belum sempat masak lagi. Memandangkan hari ni cuti, mama cadang nak masak lemak udang..tapi bila belek-belek kat dapur stok santan takde plak. Jadi mama decide untuk buat sambal udang jer la...then ternampak plak tempe ada 4 bungkus lagi kt dalam peti ais tu....terus decide masak sambal udang ngan tempe. Pastu mama goreng kailan ikan masin dan goreng ikan pekasam untuk ditripletkan ngan sambal udang ni...kecur air liur...


Bahan - bahan :

20 ekor udang basah.

4 bungkus tempe
5 ulas bawang merah - mayang halus
3 ulas bawang putih - mayang halus
4 sudu madu dibancuh dgn secawan air
2 sudu jus lemon
sedikit daun bawang (dihiris) 
2 sudu cili boh

Cara - cara :

Udang yang telah dibuang kulit diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu tepung. Goreng udang hingga garing. Ketepikan.

Potong tempe dan perap bersama kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing.

Masukkan madu dan kacau hingga kuah agak kering.

Masukkan jus lemon, udang dan tempe. Goreng hingga kering.

White Chocolate Cup Cake

Happy deepavali untuk semua kawan-kawan mama yang beragama hindu. Teringat semasa mama kerja kat ofis lama dulu, majoriti officemates mama beragama hindu. Jadi, kat opis kami memang akan ada decoration dari beras yang berwarna warni. Pastu every morning diorang akan nyalakan pelita. Tapi tu 5 tahun sudah..sekarang mama bekerja di persekitaran baru...dikelilingi kawan baru yang beragama Islam sahaja. Kenangan menyambut deepavali..makan marukku cuma tinggal memori sahaja.

Sempena deepavali hari ni 1 Malaysia bercuti. Dari semalam mama dah rancang nak masak puding oreo...siap print resepi kat opis. Bahan-bahan pun mama dah beli siap-siap. Bila mama dah ready nak masak, cari resepi takde plak...huhuhu..mama tertinggal resepi kat opis. Lupa nak bawa balik. Nak buat main hentam plak risau tak menjadi puding tu nanti...sukatan bahan-bahannya mama tak ingat.


Tapi, semangat nak masak tu tetap ada. Belek-belek buku report masakan mama, terpandang kat resepi White Chocolate Cup Cake dari Dapur Tanpa Sempadan CMG. Bila baca bahan-bahan yang diperlukan, semua dah ada dalam gobok mama. So pagi ni dari plan asal nak buat puding terus bertukar mengekek bersama anak-anak plak. 

Bahan - Bahan :



200 gram coklat masakan putih
70 gram mentega
2 biji telur gred B
50 gram gula halus (mat letak 40 gram)
60 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

Cara - cara :

Cairkan coklat secara kaedah "double - boiler" dengan api kecil hingga coklat cair, masukkan mentega, kacau rata hingga mentega cair dan sebati. Ketepikan, biar suam.

Pukul telur dengan gula hingga gula larut, tak payah sampai kembang. Tuang ke dalam coklat tadi, sambil dikacau pantas hingga sebati.

Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali tambah esen vanilla, kacau sebati.



Sudukan ke dalam muffin cup 1/2 penuh, bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak

Untuk satu adunan ni mama dapat 15 biji cup cakes..yang mana telah selamat menerjah perut hero-hero ku.

Pelbagai aksi Rayyans enjoy the cake..sampai terbaring-baring. Yang pasti, resepi ni boleh diulang tayang lagi coz my kids suka sangat makan...

Sunday, October 23, 2011

Honey Crab

Pagi ni mama terkejut, bangun dari tidur tengok papa dah siap mandi n berbaju lengkap. Musykil gak dalam hati, hari ni kalau tak silap hari ahad..tapi napa papa dressed up. Rupanya papa bersiap senyap2 takut Rayyans terbangun dari tidur. Papa nak ke pasar tani Shah Alam..nak cari ketam..dah lama tak makan ketam katanya. so mama ok kan jer la. Sambil tu papa siap berpesan kat mama untuk sediakan bahan-bahan masak...papa request masak sambal ketam.

Sambal ketam macam dah biasa sangat. Belek-belek buku resepi, terjumpa lah resepi honey prawn dari dapur KAK UMMI. Resepi asalnya of course la pakai udang, so mama tukarkan udang tu ke ketam...jadilah masakan ni Honey Crab.


Menu lunch kami hari ni disertai dengan kangkung masak lemak kuning dan tempe goreng.

Bahan-bahan :
400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
1 sk rempah 5
2 sudu makan sos cili
3 biji cili padi (diketuk)
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sdt sos tiram
2 sudu makan jus lemon
3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, capsicum


Cara-cara :
Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.

Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.

Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.

Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain. Hidangkan setelah masak.

Makaroni Bakar

Every wiken mama mesti pening mikior resepi nak jamu perut hero-hero kesayangan mama. Menu breakie asyik-asyik rotate mee goreng..mihun goreng..sup tulang...Papa menyebut dah lama mama tak masak makaroni bakar. Jadi pagi ni mama masaklah untuk memenuhi permintaan papa. Resepinya simple..mama amik dari SINI



Bahan-bahan :
300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari (ltk sesudu jer takut pedas)
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut (mama pakai low fat mozarella)
minyak utk menumis & garam

Cara-cara :


rebus makaroni hingga empuk & toskan

kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata

Masukan makaroni dan kacau hingga mendidih.

Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.


Tuangkan telur dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit)


Sesekali breakfast ala western ni pun membuka selera jugak noo..

Saturday, October 22, 2011

Siakap 3 Rasa

Menu ulang tayang untuk kesekian kalinya. Papa dan Rayyans teramat suka makan ikan siakap. Resipi siakap 3 rasa boleh dapat kat SINI.

Papa makan versi siakap 3 rasa manakala Rayyans siakap goreng kunyit sajorkk. Anak mama tecit lagi..tokleh makan pedas-pedas..perut tak tahan..nanti cerry berry mama jugak yang susah.

Ikan siakap tu sekor jer, tapi disebabkan terlampau panjang, maka mama terpaksa potong dua untuk memudahkan urusan menggoreng.

Siakap 3 rasa ni bolehlah dikatakan menu tetap time wiken...kalau berlaukkan ikan siakap memang boleh buat papa n Rayyans makan bertambah-tambah.

Tak caya? Cer tengok gambar ni..Hadif nak amik ikan tu semua untuk dia sorang jer...hai..ingat-ingat skit kat kembar awak yer..

Inilah aktiviti mama tiap wiken..pagi2 lagi bangun masak..pas masak suap anak makan..tapi puas hati bila tengok anak-anak makan berselera..hilang penat masak.

Kaki tergantung sambil makan..cer teka ni kaki sapa.

Kek Lapis Cheese Persona

Mama beria nak masak kek ni akibat tergoda dengan kecantikan kek lapis cheese persona yang kak Azlita masak. Resipi asal kek ni boleh dapat dari blog RYOAZHAR. Resipi asal guna biskut marie perisa coklat..tapi biasalah mama time beli bahan bukan nak bawak kertas resipi. Sudahnya dari biskut marie coklat mama beli biskut marie susu. Jadi, tekstur berlapis antara cheese dan biskut marie kurang jelas...kek ai tak berapa nak jelita uuu....



Bahan A :
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (mama guna marie perisa susu)
500 ml susu segar, dipanaskan (mama guna full cream milk)



Bahan B :
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Cara-cara :



Sediakan loyang berukuran 9x9. Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti. Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak. 

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.

Panaskan susu segar, padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat dan terus susun dalam loyang. 

Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. 

Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis. Kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir. 

Kemudian,kisar baki biskut yang ada (biskut marie tak cukup, mama tambah biskut coklat tiger). Taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. Tekan2 sikit permukaan tu. 

Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

Friday, October 21, 2011

BAGUS....Kunjungan Susulan

Haa..kan dah kata mama dah jatuh cinta ngan kedai kek bagus ni. Masih ada barang-barang yang mama perlu penuhkan dapur cinonet mama selepas kunjungan kali pertama minggu sudah. So pas lunch kat burger king, mama heret papa ke kedai bagus lagi. Kali ni disertai dengan mama jue sekali.


Kali ni mama berhabis untuk alat alat perkasan memasak. Biasala, mama kan baru berjinak-jinak untuk memasak, jadi perkakasan memasak masih belum lengkap. So sekarang ni mama akan mula mengumpul sedikit demi sedikit hingga perkakasan memasak mama lengkap.


Sekarang tengah gila mood mengekek, so kena lah ada cake stand ni satu untuk kesenangan memotong kek nanti...ni semua idea dari papa..


Selain perkakasan tu, mama ada juga beli serba sedikit stok bahan masakan. Manalah tau kot-kot wiken ni terlebih mood R boleh lah mama mencuba resipi-resipi baru. Semoga cita-cita dan semangat mama memasak ni akan berkekalan sampai bila-bila.

Lunch @ Burger King

Plan asal kami satu ofis nak lunch kat McD giant coz kami dapat voucher promotion...sekali bila sampai giant, McD under renovation. Hampa betul perasaan..discuss ngan kawan2, so kami decide untuk ke Burger King kat extreme park, shah alam. 


Mama ajak papa join sekali coz pas lunch mama ada plan lain yang memerlukan penglibatan papa...plan apa tu? tungguuuuu next entree...


Hari ni kami makan dengan enjoy..sebab fikir tak perlu nak tergesa-gesa coz lunch hour panjang (ye ke..padahal pikir sbb leh masuk lambat coz Mr B dah tak masuk opis)...hehehe..


Seperti biasa, tak sah kalau makan tanpa acara bergambar-gambar. Semuanya kaki gila kamera...


Kenmain menyengih depan kamera. Walaupun perut berkeroncong tahan lapar, tapi pose tetap mantapppp..


Tetiba hari ni kami semua makan dengan pantas sekali..so masing-masing mencari idea untuk mengabiskan duit..hahaha...mama n mama jue ke kedai kek bagus, manakala yang lain ke giant untuk bershopping...