Sunday, June 22, 2014

Terengganu : Taman Tamadun Islam

Taman tamadun islam letaknya kat pulau wan man, bersebelahan dengan muzium negeri terengganu.

Bila nampak signboard ni kat tepi jalan maksudnya kita berada di jalan yang benar. 

Teruskan perjalanan hingga melalui pintu gerbang ni. Maksudnya kita dah sampai kat taman tamadun islam. Sila pandu kereta dan park kat parking lot yang berlambak2.

Gambar ni mama amik kat website tti. Tti terbahagi kepada dua zon, a dan b. Zon a ada taman monumen. Manakala zon b ada bbeteng, river cruise, masjid kristal, convention center, arked dan rumah tetamu.

Kami decide ke taman monumen dahulu. Kat taman ni ada 23 replika masjid yang terkenal dari pelbagai negara.

Sebelum masuk kenalah beli tiket dulu. Kaunter tiket clear jer. Orang tak ramai tak perlu nak beratur lama2. Sebelum beli tiket rajin2 la toleh kiri kanan tengok kot2 ada pakej promotion.

Kami amik pakej 2 in 1 berharga rm33 untuk masuk ke taman monumen dan river cruise. Jimat rm7 per person. Kami datang 7 orang dewasa so dah jimat rm49. Kids bawah umur 6 tahun foc.

Lepas dah beli tiket setiap orang diberi passport. Nanti after melawat taman monumen, passport ni akan dichop membuktikan kita dah step in dalam ni.

Taman monumen memang luas sangat. Kalau sesapa body fit bolehla jalan kaki. Tapi kami semua tak larat nak jalan tawaf satu taman. Kami jalan yang dekat2 jer. 

Pastu beli tiket transportation kat kiosk jualan. Cuaca panas sangat. Kalau jalan kaki mau pengsan kat tengah jalan nanti.

Kat dalam ni ada tram. Tiket tram harganya rm5 per head. Boleh naik unlimited. Nak pusing taman doploh kali pun boleh. Trip tram plak banyak kali. Tak perlu nak tunggu lama2.

Tram akan berhenti sekejap di setiap monumen untuk bagi peluang pengunjung bergambar2. Sepanjang perjalanan ada penerangan ringkas pasal monumen tersebut.

Dah habis tawaf dengan tram, budak2 request nak naik surrey bike ni pula. Kami amik yang 4 seater. Harganya rm40 untuk 45 minit. Tapi rasanya diorang naik lebih dari sejam. Pusing taman monumen lagi sekali secara fun n easy plak.

Mama idokler gigih nak mengayuh basikal macam diorang. Nanti cair semua lemak2 kat badan mama. So papa sewa buggy untuk 5 passenger. Harganya rm60. Kelass ko kak keje driver buggy. Kagum mak.

Kat dalam ni ada juga mini funfair tapi nampak macam tak berfungsi. Takde orang main pun. Pastu keadaan macam tak terurus skit. Satu kekurangan kat situ.

Sementara tunggu trip untuk river cruise, kami bagi rayyans main kat taman permainan dulu. Just to kill some times.

No comments:

Post a Comment