Saturday, June 7, 2014

Terengganu : Primula Beach Resort

Isnin depan mama kena gi audit iso kat iwk kuala terengganu. Alang2 mama ke terengganu awal sehari. Boleh la bawak anak2 bercuti dulu.

Subuh pagi tadi kami gerak ikut lebuhraya pantai timur. Sampai terengganu ngam2 waktu check in. 

Hari ni mama booked hotel primula kat batu buruk. Mama amik bilik triplet. Bilik boleh tahan luas.

Amboi kusyuknya anak mama baca buku. Apa yang menarik sangat kat dalam buku tu.

Actually bilik ni adalah connecting room. So kena sentiasa pastikan berkunci dari dalam. Manalah tau rayyans gatal tangan g buka kunci pintu.

Toilet bersih. No complain. Cuma kalau ada bath tub lagi best.

The other side dalam toilet. Tu bakul bekalan susu ya. Rayyans masih minum susu dari botol walaupun umur dah 5 tahun.

Bilik kami ni ada beranda. Pemandangan dari beranda nampak pantai batu buruk. Kalau perasan, ada breakwater kat dalam laut tu. Breakwater tu salah satu projek tempat mama kerja dulu.

No comments:

Post a Comment