Saturday, June 7, 2014

Terengganu : Pantai Batu Buruk

Waktu petang kami keluar santai2 kat taman awam batu buruk. Masa mama belajar kat mrsmkt dulu, sinilah tempat outing sebulan sekali.

Mama belajar kat terengganu tahun 97. Dah lebih 17 tahun, pantai batu buruk dah banyak berubah. Banyak pembangunan kat sini.

Bertemankan suami dan anak2, mama mengimbau kembali kenangan masa remaja dulu. Pelbagai memori pahit manis yang mengajar mama erti kedewasaan.

Baru nak feeling2, kereta kuda ni lalu depan mata. Mulalah rayyans tak tentu arah. Minta nak naik kereta kuda.

Kasi chance la kat rayyans. Lagipun masa mama blajar sini dulu takde kereta2 kuda. Sekarang ni macam2 aktiviti ada kat tepi pantai batu buruk.

Macam mama jer yang terlebih excited. Rayyans muka sedih jer. Bayaran rm5 perhead untuk dewasa n rm3 untuk kanak2.

Kuda ni bawak kami pusing satu round jer. Kejap sangat x sampai 10 minit pun. Bontot tak sempat nak panas.

Pas naik kereta kuda kami berjalan ke arah pantai. Ada plak orang jual layang2 macam2 corak dan saiz.

Bila mama tanya rayyans nak main layang2 tak, dua2 cepat jer jawab nakkk.

Angin kat tepi pantai memang kuat. Sangat sesuai untuk main layang2.

Dengan bantuan papa, layang2 berjaya diterbangkan. Seronok tengok muka rayyans excited bila nampak layang2 diorang naik tinggi.

Their layang2 terbang megah di angkasa.

Kusyuknya dia pegang tali layang2. Tak bergerak2 tangan tu tegak jer.

Dah penat la tu pegang ngan tangan. Mulut pun layan. Janji layang2 tu tak jatuh.

No comments:

Post a Comment