Monday, June 9, 2014

Terengganu : ICT & Kereta Kuda

Pagi2 tadi ke opis iwk kt untuk buat audit iso. Habis audit pun dah petang. Plan nak gi jalan2 kat taman tamadun islam dah tak sempat.

Bila papa jemput mama after kerja, teruslah ajak papa gi makan ict (ikan celup tepung) kat kedai tepi airport kt. 

Ikan tuka, udang dan sotong celup tepung serta keropok lekor. Bestnya bila dapat makan seafood fresh dan digoreng panas2.

Amboi seriusnya papa menikmati ict.

Nikmatnya makan ict ketika cuaca panas terik, lawan plak dengan abc special. Sejuk sampai ke perut.

Kat tepi kedai ict ni ada hub kereta kuda. Kereta kuda sini lagi cantik banding kat batu buruk. Again, rayyans ajak mama naik kereta kuda.

Cumanya kami dibawa jalan2 sekitar kawasan kampung, bukan kat tepi pantai. Hampir 20 minit gak perjalanan.

Tak kisah la ke mana pun route dia, yang penting dapat naik bersama family tercinta. Kenangan kami bersama tu yang priceless.

Masa nak turun dari kereta kuda, nampak budak ni tengah main motor. Ingatkan untuk disewa jugak, rupanya milik budak ni sendiri. Motor ni pakai minyak macam motor biasa jer. Yang beza saiznya sahaja.

No comments:

Post a Comment