Sunday, June 22, 2014

Terengganu : Taman Monumen

Terdapat 23 monumen masjid dari pelbagai negara yang menjadi daya tarikan kat TTI ni.

Monumen #1: Masjid Negara dari Malaysia.

Monumen #2: Masjid Kuddus Mina dari Indonesia.

Monumen #3: Masjid Pattani (dalam penyelenggaraan) dari Thailand.

Monumen #4: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dari Brunei.

Monumen #5: Taj Mahal dari India.

Monumen #6: Masjid Badashi dari Pakistan.

Monumen #7: Kubah As-Sakhra dari Palestin.

Monumen #8: Masjid Besar Samara dari Iraq.

Monumen #9: Masjid Sheikh Lutfallah dari Iran.

Monumen #10: Masjid Abu Nars Pasra dari Afghanistan.

Monumen #11: Masjidil Haram dari Arab Saudi.

Monumen #12: Masjid Alepo Citadel dari Syria.

Monumen #13: Masjid Mohamed Ali dari Mesir.

Monumen #14: Masjid An-Nabawi dari Arab Saudi.

Monumen #15: Masjid Suleiman (dalam penyelenggaraan) dari Turki.

Monumen #16: Masjid Qairawan dari Tunisia.

Monumen #17: Masjid Al-Hamra dari Sepanyol.

Monumen #18: Menara Kalyan dari Uzbekistan.

Monumen #19: Masjid Besar Agadez dari Nigeria.

Monumen #20: Masjid Kul Sharif dari Rusia.

Monumen #21: Masjid Xian dari China.

Monumen #22: Masjid Sultan dari Singapura.

Monumen #23: Kincir Air TTI.

Monumen2 ni bukanlah setakat replika semata2. Kalau agak2 ketiak dah berpeluh jalan, singgah la bilik tayangan untuk sejukkan badan. Kat situ aircond sejuk.

Ada certain monumen terdapat bilik tayangan yang menayangkan video pasal monumen2 tersebut. Tak lama pun tayangannya. Adalah dalam 10 minit jer kot. 

Selain tu terdapat juga ruang pameran. Bahan2 yang dipamerkan semuanya bersangkut paut dengan islam. Sebelah mama ni replika batu bersurat yang dijumpai di terengganu.

Dikatakan serban ni menyerupai serban yang dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W. dari segi bentuk dan juga saiznya.

Hampir separuh hari kami kat dalam taman monumen. Walaupun tak berpeluang menjejakkan kaki ke negara asal monumen2 ni, dapat tengok replikanya pun cukupla.

No comments:

Post a Comment