Monday, June 23, 2014

Terengganu : Aziz Satar

Last pitstop, kami singgah di warung satar yang paling popular di Kemaman iaitu Warung Aziz Satar. Warung ni takde kena mengena dengan pelakon aziz satar tu.

Warung Aziz Satar terletak di Kg Geliga, Kuala Kemaman. Kat sini banyak lagi gerai2 yang menjual satar tapi ramai yang review satar kat sini yang paling sedap.

Selain satar, ada lagi makanan lain macam nasi campur, masakan panas dan pelbagai jenis keropok. Fokus utama kami nak makan satar. Jadi food lain kami tak jeling.

Nampak tak berpinggan-pinggan satar kami beli. Sini pakai sistem layan diri. Kena order, tunggu dan amik sendiri kat kaunter pembakaran satar.

Seriously, memang terbukti sedap satarnya. Cukup lengkap rasa manis, masin, pedas. Yang penting isi ikan, bukan campur kelapa or whatsoever. Isi ikan tu pun fresh. Mama pernah terkena makan satar lidah gatal2 sebab ikan tak fresh.

Selain satar, ada jugak otak-otak dan pais. Otak2 tu ok la tapi pais tak kena dengan tekak mama. Rasa sambal tu macam tak masak.

Bagi kakak2 rayyans, ini kali pertama diorang makan satar. So far, takdelah janggal rasanya. Diorang pun suka makan satar ni. Siap tapau lagi bawak balik kl.

Alhamdulillah, lepas mengidam nak makan satar sedap. Lepas ni andaikata balik kampung bolehlah buat2 tersesat ke kemaman, syurga makanan.

Terengganu : Kedai Kopi Hai Peng

Bila sampai kat chukai, kemaman kami singgah kat kedai kopi hai peng. Kedai kopi ni agak femes kat kemaman. Lokasinya kat jalan sulaimani.

Bangunan kedai kopi hai peng betul2 kat tepi jalan. Parking kereta kena jauh skut, seberang jalan. Parking berbayar ye kat sini.

Hai peng kopitiam...teringin nak cuba sebab baca review ramai yang cakap sedap kopinya. Adakah sesedap seperti yang digembar gemburkan tu.

Selain kopi hai peng, ada gak menu lain. Macam2 air ada, tak terhad kepada kopi semata.

Pilihan makanan pun banyak juga.

Walaupun orang ramai, servis agak pantas. Kami tak dapat seat kat dalam kedai. Seat kami kat tepi kedai yang dah diextend bumbungnya.

Kaya bun, wajib order jika makan kat kopitiam.

Pelbagai perisa ice blended.

Papa jer yang minum kopi. Mama memang sejak azali tak minum kopi. Tekak tak boleh terima rasa pahit.

Nak lebih sedap kopi tu kenalah minum cara klasik. Tuang semua air kopi dalam piring. Volume piring ni didesign sama dengan cawannya.

Then hirup air kopi dari piring. Amacam.. ada bran minum style orang lama-lama?

Terengganu : Restoran Lempeng

Kalau travel dari kuala terengganu ke marang ikut jalan pantai akan jumpa restoran lempeng kat belah kiri jalan besar.

Signboard restoran betul2 kat tepi jalan. Specialty menu kat sini of course la lempeng. Menu lain pun ada gak macam nasi campur, nasi dagang dan masakan panas.

Kat tepi kedai ada kolam ikan siap jambatan. Rayyans bertunggu tepi kolam jer la. Ajak makan pun takmo.

Kat belakang kedai ni plak adalah pantai. Kalau petang sure best lepak tepi pantai sambil makan lempeng. Tapi memandangkan kami datang tengahari, tak dapat nak menghayati pantai sangat.

Bila makan sini harus cuba air nenas susu. Kat tempat lain takde tau. Best. Jus nenas pure rasa masam2 nenas dan manis susu.

Lempeng kelapa ni boleh pilih samada nak makan dengan kari, susu pekat manis ataupun aiskrim. Kami pilih makan dengan kari ayam.

Then papa order sotong dan udang celop tepung gak. Haish...makan jer kejenya. Rugilah kalau datang teganu tak makan seafood fresh.

Disebabkan pagi tadi dah makan 2 round, makanya kami cuma makan lempeng jer. Hajat hati nak merasa nasi dagang gak tapi perut rasa dah full sangat.

Terengganu : Pasar Payang

Last day kami kat kuala terengganu. Selepas breakfast, kami terus check out. Ada beberapa tempat lagi yang kami nak singgah.

Si kembar kalau kemana-mana tak lepas dari mainan. Zirafah ni beli kat gerai tepi kedai binatang celop tepung petang semalam.

Sebelum bertolak balik, kami ke pasar payang dulu. Tak lengkap kunjungan ke terengganu kalau tak ke pasar payang.

On da way ke pasar payang, singgah kat waterfront dulu. 


Cantik betul tempat ni sekarang. Sepanjang sungai ada pokok2 berlampu icity. Kalau malam meriah sangat.

Kat pasar payang sekali lagi kami isi perut. Saja la nak cari makanan selain dari mihun goreng dan nasi lemak.

Old time favourite, nasi air. Terimbas kembali kenangan di zaman persekolahan. Wajib makan nasi air ketika outing.

Pastu pusing2 pasar payang usha kain pasang nak wat baju raya. Meleleh air lioq tengok kain sutera shantik2. 

Tapi mengenangkan harga yang mahal, idokla teman nak beli. Plus dah tau mesti jarang pakai baju sutera sebab malas nak iron.

Then, kami ke area makanan. Haruslah tapau kuih2 tradisi sebagai bekal sepanjang perjalanan jauh balik ke puncak alam.

Sunday, June 22, 2014

Terengganu : Keropok Lekor BTB

On da way balik resort, sempat lagi menyinggah kat keropok lekor BTB. BTB stands for Bukit Tok Beng, lokasi letaknya kilang keropok lekor ni.

Bangunan 2 tingkat ni la kilang keropok lekor. Kat belah depan disediakan kerusi meja untuk makan. Belah belakang plak area diorang menggentel keropok.

Tujuan asal nak beli keropok lekor untuk dibawa balik ke puncak alam. Memandangkan kena tunggu, so kami tarik kerusi isi perut dulu la.

Di sebelah sana khas untuk sesiapa yang nak menapau. Masing2 memborong keropok banyak gila. Nampak tak no giliran kat atas tu? Jangan main2. Kedai keropok lekor pun dah pakai sistem no giliran.

Our numbers. Bila duduk makan takdelah terasa sangat lama menunggu. Kebanyakkan customer sini datang oder sehari awal. So diorang tak perlu nak tunggu lama2.

Sambil makan sambil usha brother ni gentel keropok. Tangan dia pantas betul. Memang expert dah gentel kopok nih.

Rombongan cik kiah makan keropok lekor cheese n bawang. Moden betul keropok lekor dah ada macam2 perisa uols.

Next time, ni tempat wajib datang kalau kami ke terengganu.

Terengganu : ICT

Selepas kepenatan jalan2 kat taman tamadun islam dan berriver cruise, tibalah masa untuk jalan2 cari makan pula.

Lokasi pertama adalah ikan celop tepung di pantai wakaf tengah, mengabang telipot. Masa nak gi sana lalu depan sekolah mama, mrsm kuala terengganu. Nostalgia tempat ni.

ICT kat sini kira hotstuff. Kena berebut uols. Anak beranak beratur dengan pinggan kosong dan penyepit kat tangan.

Kalau lemah lembut sopan santun jer alamak mengadap dulang kosong jer la. Customer ramai, tak sempat diorang nak menggoreng.


Beginilah keadaan kat dalam gerai ni. Sempoi jer gerainya. Tapi customer berduyun duyun tak putus. 


Meja kerusi memang fullhouse la. Terpaksa la kami tapau jer. 

Binatang laut celop tepung. Fuhh.. sedap makan panas2. Tepung tu rangup. Si kembar dok kutip makan tu jer.


Tambah menyedapkan binatang celop tepung adalah sos buatan sendiri tu.


Gerai ni betul2 depan pantai. Wakaf inilah port kami menikmati binatang celop tepung.

Terengganu : River Cruise

Habis tawaf dalam taman monumen sedang elok waktu untuk lunch. Sebelum ke river cruise, kami lunch dulu siap2. Kalau perut lapar macam tak feel sangat nak jalan2.

Kami lunch kat bbeteng. Kat dalam ni ada gerai makan, restoran dan kedai souvenier. Tempat makan boleh pilih samada nak dok dalam tempat beraircond atau kat luar. 

Kami makan kat luar jer, betul2 tepi sungai terengganu. Walaupun takde aircond, ada angin sepoi2 bahasa jer dah cukup buat mata layu.

Lepas makan kami ke jeti untuk naik bot. On da way, lalu depan kerusi urut. Mula tu hadif yang merengek nak duduk atas kerusi ni. Last sekali, semua pakat join. Kot2 dapat pecahkan lemak2 yang dimakan tadi.

Pastu get ready nak beriver cruise. Bot dah standby kat jeti. Jaket keselamatan wajib pakai sebelum naik bot. 

Anak2, jom kita naik bot. Ko tengok jaket mak x bercantum. huhuhu. Nampak nau badan dah gemuk sangat.

Posing tepi bot dulu. Rayyans ntah apa2 buat muka. Time diorang takmo bergambar macam2 peel la diorang tunjuk. Sibuk jer dok meniup wisel yang ada kat safety jaket tu.

Mula2 bot gerak masing2 sopan jer duduk kat meja. Sebelum naik bot tadi dah beli siap2 air dan makanan sebagai bekal. Perjalanan hampir satu jam gak. Ada yang mati kehausan nanti.

Pastu masing2 amik port kat belakang bot. Bleh tengok pemandangan lebih jelas. 

Pastu leh rasa air terpercik kat muka. Barulah ada feel naik bot katanya.

Sepanjang perjalanan ada tourist guide yang bagi penerangan tentang tempat2 yang kami lalu. Orang tak ramai sangat kan. Banyak seat kosong. Pastu orang lain sopan jer duduk elok. Yang kami ni riuh rendah kat belakang.

Route yang bot ni lalu adalah dari TTI Jetty To’ Ku Paloh ~ Muzium Negeri ~ Pulau Sekati ~ Bukit Datu ~ Kampung Seberang Tuan Chik Haji ~ Sultan Mahmud Bridge ~ Pulau Haji Siah ~ Kampung Bukit Tumbuh ~ Pulau Api ~ Seberang Takir ~ Pulau Duyung ~ Bazar Warisan ~ Pasar Payang ~ Pulau Warisan ~ Pelabuhan Ikan ~ Pengkalan Keropok ~ Masjid Kristal ~ TTI Jetty To’ Ku Paloh.

Berlatarbelakangkan masjid kristal.

Me with kids. Hanya sorang jer yang takde, ayein. Ayein tengah final exam tak dapat nak join kami. Memer tu pun tengah final exam gak tapi sebab dia blaja kat umt bleh la join kami.

Sebelum berangkat meninggalkan taman tamadun islam, kami singgah solat kat masjid kristal. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni. Overall satu pengalaman yang berharga buat kami sekeluarga. The most valuable thing, kami dapat spent time together gether.