Tuesday, April 30, 2013

De Chiang Mai

Restoran ni terletak kat Kampung Melayu Sg Buloh. Memang agak tersorok tempatnya. Mama tak pernah tahu pun kewujudan restoran ni hinggalah angah yang bagitau. 

Bila tau ada restoran baru, mulalah hati ni menggedik nak makan. Restoran ni agak eksklusif yer. Jadi nak datang tu, sila sediakan duit yang mencukupi.

Pandangan luar restoran, agak suram. Restoran ni memang besar gila. Bentuk dia macam U-shape. Siap dengan dewan untuk majlis-majlis kenduri.

Pandangan dalam restoran. Ruang makan memang luas. Perabot yang digunakan diperbuat dari rotan.

Kat dinding ada pula aquarium yang menjadi tarikan si Rayyans. Restoran ni beroperasi dari pukul 12 tengahari hingga 10.30 malam sahaja.

Owner restoran ni asalnya dari Thailand ikut kata. Yang kat dalam frame gambar tu la tuan punya restoran ni. Cantik molek orangnya.

Malam ni angah n tilah join kami dinner.

Meh kita intai apa menu yang menarik kat sini


Pilihan menunya takdelah banyak sangat. Diorang just concentrate dekat beberapa menu sahaja untuk menjamin kualiti dan kesedapan kot. Harga pun boleh tahan gak mahalnya.

Meh kita tengok apa yang kami order malam ni.

Tomyam campur saiz s (ada udang, sotong dan ayam) harganya RM 20.

Siakap stim dengan halia, RM 45, bergantung kepada saiz ikan.

Asparagus goreng belacan, saiz s, RM 15. Kami ada order kerabu mangga jugak, saiz s, RM 15. Lupa nak snap gambar kerabu mangga. Yang pasti, kerabu mangga tu memang sedap gila. Recommended.

Ayam goreng pandan, RM 3 seketul. Sedap, rasanya pedas pedas manja.

Air longan, RM 18. Kami order sampai 2 bekas ni.

Air longan tu diminum guna bekas besi ni ya.

Overall, makanan kat sini memang super sedap semuanya. Environment restoran pun amat selesa. Tapi nak makan selalu kat sini tak termampu la.

No comments:

Post a Comment