Sunday, April 28, 2013

Raaju's Hill

Lepas breakfast, kami nak memetik buah strawberry. Semalam kat BRSF tak berjaya nak petik sebab buah-buahnya kecil. Plan asal nak petik kat ladang sebelah hotel Equatorial Hotel. Kat situ macam femes skit, ramai orang dok petik strawberry.

Kat sini orang plak ramai sangat. Siap berbas bagai. Pusing-pusing nan hado parking kosong. Tetiba papa ternampak parking kosong kat signboard Raaju's Hill, nun di atas bukit berdepan dengan Kea Farm.

Bila keluar dari kereta, pandang balik sigboard ni ada tulis strawberry farm. Mesti ada aktiviti petik strawberry. So kami gamble jer la masuk dalam ni.

Parking kat bawah pastu menapak naik bukit. Habis tonggek vontot semua. Hahaha..sengal padahal kat atas ni memang disediakan parking untuk pengunjung.

Ni aktiviti si kembar sementara mama dok berurus niaga dengan tokey ladang. Diorang ni pantang tengok orang pakai cermin mata gelap. Haruslah nak mencuba pastu perasan hensem.

Mama pun nak tompang sekaki.

Kami dibawa ke ladang untuk memetik strawberry. Kami diberi bakul dan gunting untuk operasi memetik.

Nasib baik kat sini dia bagi mama bawa Rayyans masuk sekali. Ada sesetengah tempat dia hadkan umur yang boleh masuk adalah 10 tahun ke atas.

Kalau tak, sapa la nak menjaga budak nakal ni kat luar. Papa plak sibuk dok membeli sayur kat Kea Farm. 

Seronok uols dapat petik strawberry. Dah banyak kali datang Cameron, tapi ni la baru first time dapat cuba petik strawberry sendiri.

Geram tengok strawberry yang besar-besar dan merah meranum. Rasa macam nak dok lepak dalam ni lama-lama sambil makan strawberry. Ahhh...heaven..

Kat sini dikenakan caj RM 30 untuk setiap 500g strawberry. Satu bakul dihadkan cuma kepada dua orang pemetik dan 500g strawberry sahaja. 

Bayaran perlu dibuat setelah selesai memetik. Buah strawberry akan ditimbang, jika lebih kena bayar extra charges. 

Risau juga takut terlebih petik. Karang berdouble-double charge yang kena bayar. Mujur mat bangla yang menjaga kami tu bagi tips, 500g lebih kurang separuh bakul.

Tak sampai setengah jam, kami dah habis memetik strawberry. Memang satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Selesai memetik, kami kena bawa hasil petikan tu ke kaunter nun dibawah, tempat orang ramai tengah berkumpul nak beli strawberry fresh.

Yeay...strawberry paling mahal ni. RM 90 untuk 1.5kg. Sesekali nak rasai keseronokan dan pengalaman apa salahnya.   

No comments:

Post a Comment