Wednesday, April 10, 2013

Pilihanraya

Topik terhangat hari ni, SPR dah umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Hmm..mengundi jatuh 5 Mei, hari ahad. Susah gak tuh. Ai kan balik kelantan untuk mengundi. Kalau ngundi hari sabtu, hari ahad tu dah boleh gerak balik sah halam. Ni ngundi hari ahad, kalau nak balik confirm kena apply cuti ari senin tu. 

Kan best kalau hari isnin tu diisytiharkan cuti. Tak pun, bos sila umumkan hari senin tu company tutup. Ai dah la tengah nak mengumpulkan cuti yang berbaki tak banyak hari jer lagi ni. Hujung bulan 5 tu dah la plan nak bercuti dengan family. Fenin-fenin.


Apa-apapun, daftar pengundi tetap perlu di semak. Kot-kot ada maklumat yang boleh menimbulkan keraguan. Tadi mak bonda dah call, dengan harapan anakanda boleh balik kampung time mengundi tu.

Pada laki bini yang mengundi kat kampung masing-masing, jangan plak bergaduh time pilihanraya macam gaduh nak balik beraya kat kampung sapa pulak. Tiru macam ai, laki ai ngundi kat Selangor. Tapi pilihanraya ikut binik balik kampung. Hahahaha..kita gunakan kuasa veto di situ. Tiada sistem demokrasi lagi dah.

Sesapa yang nak buat Semakan Daftar Pemilih bolehlah ke laman web SPR.

No comments:

Post a Comment