Friday, May 3, 2013

Mei Di Hatiku

Dah bulan mei dah....dah nak sampai setengah tahun. Bulan mei ni memang sentiasa dinantikan setiap tahun. Kenapa? 

 
1 Mei adalah hari pekerja, which is cuti umum. Tahun ni cuti jatuh pada hari rabu. So minggu bekerja akan terasa pendek sebab kerja 2 hari, cuti. Pastu kerja lagi 2 hari, then cuti lagi. 

5 Mei, hari pilihanraya. Sejak umur mama layak untuk mengundi, mama tak pernah lagi miss untuk mengundi. Seperti biasa, tahun ni mama akan balik mengundi kat kampung. Semoga pengundian berjalan dengan lancar. Siapapun pilihan kita, pangkahlah dengan bijak. Cuma mama berharap hari isnin tu diisytiharkan cuti umum.

10 Mei, birthday my beloved mom yang ke 56 tahun. Semoga mek dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati dan hidup bahagia disamping keluarga tercinta.

11 Mei, me n hubs birthday. Yes..we share the birthdate. Celebrate sekali setiap tahun, jimat belanja.

 
12 Mei pula adalah hari ibu. Nak meraikan ibu tak semestinya tunggu hari ibu. Kita boleh meraikan ibu setiap masa. Tapi tak salah juga jika kita menunjukkan extra kasih sayang dan penghargaan untuk ibu pada tarikh ini.

 
25 Mei, birthday my one n only big sister. Banyak betul perkara yang nak diraikan pada bulan ni. Sebab tu la bulan Mei sentiasa di hatiku.

No comments:

Post a Comment